Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

Kumpulan Kesihatan

BACAAN 10 MIN

Sameer mengendalikan program pekerja kesihatan yang ditubuhkan oleh pihak hospital komuniti di daerah beliau. Sebagai ketua program, beliau bekerja dengan 50 orang pengurus kesihatan komuniti untuk merekrut, melatih, mengurus, dan menyokong sepasukan pekerja kesihatan komuniti seramai 1000 orang yang memberikan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Beliau juga bertanggungjawab untuk menjadi pengantara kepada pengurusan hospital, pasukan penjagaan kesihatan yang merangkumi doktor serta paramedik, dan pasukan tindakan kecemasan bagi merujuk pesakit untuk rawatan sekiranya terdapat keadaan kesihatan yang serius.

Dalam situasi pengurus dan pekerja kesihatan komuniti sentiasa bergerak dalam komuniti untuk melawat kemudahan serta rumah penjagaan kesihatan, Sameer mendapati komunikasi menerusi e-mel tidak berkesan. Beliau menghabiskan sebahagian besar daripada masanya menghantar mesej kepada pengurus untuk menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan program kesihatan, pengumpulan data, pendidikan berterusan, serta memberikan bimbingan dan sokongan. Beliau sering melakukan susulan dengan pekerja kesihatan komuniti untuk menggalakkan dan memberikan motivasi kepada mereka serta mengumpulkan maklum balas tentang keperluan dan pengalaman mereka. Beliau juga berhubung dengan pasukan pengurusan hospital untuk berkongsi maklumat dan menyokong keperluan komuniti dalam penjagaan kesihatan. Sameer memerlukan cara yang lebih baik untuk menyelaraskan kesemua tugas ini.

Sameer menyedari bahawa beliau akan mendapat manfaat besar apabila menggunakan wadah pemesejan peribadi yang menyatukan kesemua kumpulan dan perbualan berbeza di bawah satu payung. Ini boleh membantu beliau mengatur komunikasi dengan pelbagai khalayak secara lebih baik dan membantu beliau menjimatkan masa serta menjadi lebih berkesan. Sameer mempertimbangkan beberapa penyelesaian yang berbeza dan mengambil keputusan untuk menggunakan Komuniti di WhatsApp memandangkan beliau boleh menghubungkan kumpulan dengan ahli dengan mudah. Beliau boleh menyatukan semua orang dalam komuniti dengan arahan yang minimum memandangkan kebanyakan daripada kenalan beliau sudah pun berkomunikasi menerusi kumpulan WhatsApp. Dengan menghubungkan kumpulan dalam sesebuah Komuniti di WhatsApp, ahli boleh menyertai kumpulan yang paling relevan dengan kerja mereka, serta mengelakkan mesej yang tidak diperlukan.

  • Sebelum menubuhkan komuniti anda, pertimbangkan tujuan anda - adakah untuk menyelaraskan dan menyelia program kesihatan komuniti, memberikan latihan dan bimbingan kepada pekerja kesihatan komuniti, meningkatkan kesedaran tentang sesuatu masalah kesihatan, atau perkara yang lain? Tujuan anda akan membantu anda menentukan ahli yang akan disertakan dalam komuniti dan kumpulan yang akan mereka anggotai. Anda boleh mencipta atau menambah kumpulan untuk:

    • pekerja kesihatan komuniti mengikut kawasan geografi;
    • pekerja kesihatan komuniti mengikut kemahiran;
    • pekerja kesihatan komuniti mengikut keadaan kesihatan atau program;
    • pekerja kesihatan komuniti baharu yang menjalani latihan asas;
    • latihan yang sedang berlangsung untuk pekerja kesihatan komuniti;
    • pengurus atau penyelaras program;
    • pasukan pengurusan hospital;
    • pasukan penjagaan kesihatan – pakar perubatan, jururawat penasihat, pekerja sosial perubatan;
    • bekalan perubatan dan pasukan farmasi;
    • pemimpin komuniti.

    Tujuan komuniti yang jelas akan membantu pasukan pentadbir dan ahli anda memahami sebab sesetengah kumpulan dimasukkan manakala yang lain tidak. Sebagai contoh, sekiranya tujuan komuniti adalah untuk memberikan pendidikan kesihatan dan perkhidmatan rawatan asas kepada keluarga, anda mungkin memutuskan untuk mencipta atau menambah kumpulan untuk pekerja kesihatan komuniti yang pakar dalam bidang kesihatan ibu dan bayi baru lahir, atau kaunseling kesihatan mental. Anda juga boleh memasukkan kumpulan untuk berkongsi cerita kejayaan atau membincangkan penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi dalam komuniti. Namun, dalam hal ini, mungkin tidak wajar untuk memautkan kumpulan sosial dengan komuniti anda.

  • Pentadbir komuniti memainkan peranan penting dalam mewujudkan ruang yang selamat dan mesra untuk ahli berinteraksi, berkongsi cabaran, dan meraikan kejayaan mereka. Dengan membangunkan dan menguatkuasakan Tatakelakuan yang baik untuk Komuniti di WhatsApp anda, anda boleh memupuk budaya yang saling memperkasakan dan menghormati. Tatakelakuan ialah himpunan peraturan, prinsip, dan nilai yang memberi panduan kepada komuniti anda dalam memahami kelakuan dan kandungan yang digalakkan dan tidak dibenarkan dalam komuniti.

    Terdapat beberapa risiko yang harus anda ketahui apabila mengendalikan kumpulan yang besar dalam talian. Pastikan komuniti anda kekal selamat dengan memberikan panduan yang jelas kepada pasukan pentadbir kumpulan serta komuniti anda tentang perkara berikut:

    • Pautan Undangan Kumpulan dan Ahli Baharu - Pautan undangan boleh menjadi sangat berguna dalam konteks kumpulan program yang sentiasa berubah-ubah. Namun, pautan hanya patut dihantar secara langsung kepada ahli kumpulan yang dimaksudkan menerusi mesej peribadi, berserta dengan amaran bahawa pautan tersebut tidak sepatutnya dimajukan kepada kenalan yang tidak berkaitan. Kerja bersama dengan pentadbir komuniti serta kumpulan anda untuk memantau dan segera mengeluarkan kenalan yang anda tidak kenali.
    • Berkongsi maklumat sulit dan sensitif. Sebaiknya, Tatakelakuan atau peraturan komuniti anda tidak menggalakkan ahli berkongsi maklumat peribadi mereka sendiri atau orang lain, seperti alamat rumah atau e-mel, dan maklumat berkaitan dengan kes. Dalam tatakelakuan, anda boleh memberikan peringatan kepada ahli kumpulan bahawa sesetengah maklumat tidak sesuai untuk dikongsi dengan kumpulan yang lebih besar. Jika maklumat atau pengalaman peribadi sensitif dikongsi sebagai sebahagian daripada kumpulan sokongan, nasihati ahli untuk menggunakan mesej menghilang.
    • Maklumat salah. Sebagai petugas barisan hadapan, pekerja kesihatan komuniti selalu berdepan dengan maklumat salah dalam kalangan komuniti dan benefisiari mereka. Pastikan pentadbir komuniti dan kumpulan anda dilatih untuk membantu ahli mereka memahami cara memeriksa fakta, dan bertindak segera untuk menghapuskan maklumat salah dan olokan dengan memadamkan mesej tersebut. Pentadbir kumpulan boleh mempertimbangkan untuk mengubah tetapan kumpulan "Hantar Mesej" kepada "Pentadbir Sahaja" bagi menyekat ahli daripada menghantar mesej.
    • Pengurusan konflik. Perbezaan personaliti, kepercayaan, pendapat, dan harapan boleh menyebabkan konflik terutamanya apabila pekerja kesihatan komuniti, pasukan penjagaan kesihatan, dan pentadbir hospital berasal daripada komuniti yang berbeza dan budaya yang berlainan. Adalah penting untuk menggalakkan kepelbagaian dalam komuniti, peraturan dan amalan anda, serta menyokong pentadbir kumpulan dengan bimbingan dan latihan tentang pengurusan konflik.
  • Dalam komuniti yang berdasarkan kesihatan, seharusnya ada rangka kerja yang jelas untuk melantik pentadbir komuniti dan kumpulan, berkomunikasi dan menyelaras sesama pasukan pentadbir, serta mempertanggungjawabkan pentadbir dalam mengendalikan kumpulan mereka.

    Sebaiknya, pilih pentadbir komuniti anda daripada kalangan pemimpin, pengurus, atau individu yang memegang peranan tertentu, dalam segmen ahli anda yang pelbagai – sebagai contoh, pengurus kesihatan komuniti dengan kemahiran yang berbeza, eksekutif pentadbiran hospital, atau penyelia jururawat. Pada waktu yang sama, pertimbangkan kemahiran dan akses kepada maklumat yang seorang pentadbir akan perlukan dalam memastikan komunikasi dalam komuniti berkesan dan bernilai kepada ahli. Memandangkan setiap ahli akan mempunyai bebanan kerja dan kemampuan yang berbeza, sebaiknya lantik bilangan pentadbir kumpulan secukupnya untuk berkongsi bebanan kerja, mengelakkan kelesuan, dan memastikan komuniti anda mampu dikekalkan. Pertimbangkan untuk melantik sekurang-kurangnya dua pentadbir komuniti dan dua pentadbir kumpulan, serta sediakan kumpulan Pentadbir Sahaja untuk berkomunikasi, menyelaras dan menyokong pasukan pentadbir anda dalam menjalankan peranan mereka.

    Apabila merekrut pentadbir komuniti dan kumpulan, cari individu yang:

    • komited kepada misi dan Tatakelakuan komuniti anda;
    • mesra, peramah, dan bersemangat waja;
    • mempunyai masa dan keupayaan untuk menyelaraskan serta mengendalikan kumpulan;
    • mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sesuai untuk menyokong ahli dalam kumpulan mereka;
    • mempunyai masa untuk berkomunikasi dan bertemu secara kerap dengan anda dan pentadbir lain untuk berkongsi pembelajaran, amalan terbaik, foto, cerita atau titik data.
  • Untuk mengekalkan penglibatan komuniti, anda perlu memastikan maklumat yang diberikan dalam kumpulan Pengumuman adalah bernilai dan relevan kepada semua orang. Ini merangkumi pengumuman tentang:

    • acara pendidikan, saringan atau vaksin kesihatan komuniti yang terkini atau bakal menjelang;
    • maklumat atau amaran kesihatan komuniti daripada agensi kesihatan tempatan;
    • keperluan atau latihan untuk program kesihatan komuniti baharu;
    • sumber kesejahteraan dan sokongan untuk pekerja kesihatan komuniti;
    • pengiktirafan dan penghargaan ke atas pekerja kesihatan komuniti secara individu.

    Mempertimbangkan tujuan pelbagai kumpulan dalam komuniti adalah satu amalan yang baik. Anda boleh bekerja bersama pentadbir kumpulan berdasarkan matlamat mereka, untuk memberi panduan berkenaan format, kekerapan, dan kandungan komunikasi mereka. Perkara berikut mungkin bermanfaat:

    • edarkan jadual untuk pertemuan kumpulan pekerja kesihatan komuniti atau sesi pementoran;
    • edarkan borang dan peringatan untuk menyimpan rekod serta penyerahan laporan;
    • kongsikan amalan atau pengalaman terbaik yang akan membantu pekerja kesihatan komuniti, benefisiari dan pesakit;
    • hantar mesej kepada kumpulan pekerja kesihatan komuniti untuk meminta maklum balas atau menjawab soalan lazim mereka;
    • kongsikan cerita kejayaan atau permintaan kecemasan dengan pasukan pengurusan hospital;
    • hantarkan laporan, soalan dan permintaan yang melibatkan keadaan kesihatan komuniti dan rawatan pesakit kepada pasukan penjagaan kesihatan.

    Jalinan dan pengiktirafan peribadi ialah kunci dalam memastikan pekerja kesihatan komuniti berasa disokong dan kekal bersemangat. Hargai ahli anda dengan @menyebut individu atas sumbangan mereka, dan meraikan kejayaan serta sorotan dengan berkongsi cerita dan foto. Minta maklum balas daripada ahli tentang maklumat yang mereka anggap berguna dan perkara yang ingin mereka lihat dengan lebih kerap. Pentadbir komuniti dan kumpulan boleh juga berhubung menerusi kumpulan Pentadbir Sahaja bagi berkongsi perkara yang mereka fikirkan berkesan atau sebaliknya, kumpulan yang sepatutnya dimasukkan atau dikeluarkan agar perbualan kekal lebih relevan, dan sama ada pengumuman tertentu lebih berkesan pada peringkat kumpulan atau komuniti.

Kembali ke Kumpulan Sokongan atau Sukarelawan
Muat turun tutorial ini
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda
KEMBALI KE ATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap