Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

Pendidikan

BACAAN 10 MIN

Sebagai pengetua sebuah sekolah yang kecil, Priya mahu berhubung dengan guru kelas, ibu bapa, dan pelajar dengan cara yang mudah diurus serta memupuk semangat kemasyarakatan yang lebih erat. Beliau berasa letih menghantar e-mel kepada pelbagai kumpulan yang berbeza dan kecewa apabila orang sering tidak membuka e-mel yang dikirimkan. Beliau berjumpa dengan sesetengah ibu bapa secara kerap, namun risau akan mereka yang tidak berjumpa dengannya. Adakah mereka tahu kesemua peluang yang tersedia untuk anak-anak mereka? Adakah mereka membaca maklumat tentang perhimpunan sekolah? Adakah susah bagi mereka untuk menghubungi beliau atau pasukannya?

Priya bertemu dengan rakan sekerjanya yang mengajar kelas tahun akhir. Mereka memaklumkan bahawa kebanyakan ibu bapa menghubungi mereka secara langsung untuk mengetahui tentang aktiviti di sekolah, dan mereka kerap mengulang perbualan topik yang sama dengan ibu bapa yang berbeza. Sementara itu, ramai pelajar perlu diingatkan berulang kali tentang ujian yang bakal menjelang, ada antara mereka yang ketinggalan, manakala yang lain tidak dapat hadir ke sekolah. Guru-guru sangat teruja dengan kemungkinan untuk menubuhkan kumpulan mengikut tahun. Mereka ingin tahu jika ada cara yang lebih baik untuk berkomunikasi dengan ibu bapa dan pelajar, atau menubuhkan kumpulan belajar yang lebih kecil untuk menyokong pembelajaran serta persahabatan pelajar.

Setelah mengkaji pelbagai pilihan, Priya memutuskan bahawa Komuniti di WhatsApp mungkin ialah penyelesaian yang terbaik. Ini bukan sahaja akan membantu memudahkan komunikasi dalam kalangan rakan sekerja, ibu bapa dan pelajar, malah ini cara yang baik untuk melibatkan dan membantu pelajar yang memerlukan sokongan. Mengakses WhatsApp adalah mudah dan semua orang akan berhubung dengan cara yang sudah menjadi kebiasaan pada mereka.

  • Sebelum menyediakan komuniti anda, pertimbangkan tujuan anda – sama ada untuk berkongsi maklumat aktiviti sekolah, memberikan sokongan kepada kebajikan pelajar dan kakitangan, berkongsi amalan terbaik dan bahan mengajar baharu, atau sesuatu yang lain? Tujuan anda akan membantu anda menentukan ahli yang akan disertakan dalam komuniti dan kumpulan yang akan mereka anggotai. Anda boleh mencipta atau menambah kumpulan berikut:

    • guru mengikut tahun atau subjek;
    • kakitangan bukan pengajar;
    • orang yang bekerja untuk projek berlainan;
    • ibu bapa mengikut kelas atau tahun;
    • kelas pelajar dengan guru sebagai pentadbir kumpulan;
    • ahli pasukan sukan atau aktiviti sekolah yang lain.

    Tujuan komuniti yang jelas akan membantu pasukan pentadbir dan ahli anda memahami sebab ada di kalangan kumpulan dimasukkan manakala yang lain tidak. Sebagai contoh, sekiranya sebahagian daripada tujuan anda adalah untuk berkongsi makluman terkini berkaitan sekolah, anda mungkin mahu memasukkan kumpulan ibu bapa pemain bola sepak sekolah, yang berkongsi maklumat tentang peralatan dan jadual latihan. Sebaliknya, sekumpulan ibu bapa yang terhubung menerusi minat sosial yang sama tidak akan disertakan.

    Ahli sesetengah kumpulan – seperti kumpulan kelas – mungkin melalui perubahan besar setiap tahun. Dalam hal ini, adalah lebih mudah untuk mengeluarkan kumpulan dan menggantikan dengan yang baharu. Kumpulan lain seperti pasukan sukan, kumpulan berdasarkan pelajaran atau projek, mungkin perlu ditambah atau dikeluarkan dengan lebih kerap. Kumpulan seperti persatuan ibu bapa atau kakitangan bukan pengajar lebih berkemungkinan kekal, dengan sebilangan ahli dimasukkan dan dikeluarkan dari masa ke masa. Jika kebanyakan kumpulan perlu dikeluarkan setiap tahun, adalah lebih mudah untuk membubarkan komuniti dan memulakan yang baharu.

  • Mengekalkan persekitaran yang positif adalah penting untuk kesejahteraan komuniti anda. Sama ada anda bercakap dengan guru, ibu bapa, atau pelajar, sebaik-baiknya sertakan Tatakelakuan untuk Komuniti di WhatsApp anda. Tatakelakuan adalah himpunan peraturan, prinsip, dan nilai yang memberi panduan kepada komuniti anda dalam memahami kelakuan dan kandungan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam komuniti.

    Dalam sektor pendidikan, terdapat beberapa risiko yang harus diberikan perhatian. Panduan yang jelas berkenaan perkara berikut adalah penting bagi kedua-dua pentadbir komuniti dan grup:

    • Pelajar Bawah Umur - Pelajar harus berusia sekurang-kurangnya 13 tahun untuk mendaftar dan menggunakan WhatsApp, dan di Wilayah Eropah, mereka harus berumur 16 tahun ke atas. Adalah penting bahawa anda tidak menubuhkan Komuniti di WhatsApp yang merangkumi pelajar bawah had umur ini. Kerjasama pasukan pentadbir anda adalah penting untuk memantau penyertaan pelajar bawah umur, dan mengeluarkan serta melaporkan akaun bawah umur kepada WhatsApp dengan segera.
    • Pautan Undangan Kumpulan dan Ahli Baharu - Pautan undangan sangat berguna dalam konteks apabila kumpulan kelas dan ibu bapa sentiasa berubah-ubah. Namun, pautan hanya patut dihantar secara langsung kepada ahli kumpulan yang dimaksudkan menerusi e-mel atau mesej peribadi, berserta dengan amaran bahawa pautan tersebut tidak seharusnya dimajukan kepada kenalan yang tidak berkaitan. Bekerjasama dengan pentadbir komuniti serta kumpulan anda untuk memantau dan segera mengalih keluar kenalan yang anda tidak kenali.
    • Pembulian - Pembulian boleh menyerupai berbagai-bagai bentuk, seperti menyebarkan khabar angin, menyiarkan foto tidak sesuai, mengugut seseorang. Sebaik-baiknya, siarkan pengumuman dengan kerap bagi menggalakkan ahli supaya melaporkan pembulian kepada pentadbir kumpulan dan komuniti. Terangkan dengan jelas bahawa pembulian dalam komuniti akan mengakibatkan penyingkiran, dan mungkin menyebabkan tindakan di bawah dasar antibuli sekolah anda.
    • Eksploitasi Kanak-kanak - Apabila melibatkan remaja bawah umur 18 tahun, sebarang bentuk komunikasi seksual adalah bercanggah dengan dasar WhatsApp, dan turut diharamkan di banyak negara. Hal ini tetap salah walaupun pihak remaja yang berkongsi gambar berbaur seksual, dan gambar tersebut ialah gambar diri mereka sendiri. Kandungan tersebut mesti dipadam dengan segera. Sekiranya anda atau pasukan pentadbir anda menerima atau terjumpa kandungan yang menandakan bahawa seorang kanak-kanak sedang didera atau dieksploitasi, hubungi pihak polis tempatan danPusat Kebangsaan Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC), atau Pusat Antarabangsa Kanak-kanak Hilang & Dieksploitasi (ICMEC), dan laporkan serta sekat pengguna tersebut dengan segera.

    Cara menambah atau mengeluarkan peserta kumpulan

  • Dalam komuniti berdasarkan pendidikan, perlu ada rangka kerja yang jelas untuk melantik pentadbir komuniti dan kumpulan, berkomunikasi dan menyelaras sesama pasukan pentadbir, serta mempertanggungjawabkan pentadbir dalam mengendalikan kumpulan mereka.

    Apabila memilih pentadbir komuniti, sebaiknya pilih mereka yang mempunyai tanggungjawab formal dalam komuniti anda – sebagai contoh, guru yang mengajar atau kakitangan. Pada waktu yang sama, pertimbangkan kemahiran dan akses kepada maklumat yang seorang pentadbir akan perlukan bagi memastikan komunikasi dalam komuniti berkesan dan bernilai kepada ahli.

    Untuk mengendalikan kumpulan kakitangan dan ibu bapa, pertimbangkan untuk melantik pentadbir kumpulan yang:

    • komited kepada Tatakelakuan;
    • mesra, peramah, dan bersemangat waja;
    • bersedia untuk meluangkan masa mengendalikan kumpulan;
    • bersedia untuk berkomunikasi dan bertemu dengan pentadbir lain dengan kerap.

    Guru seharusnya dilantik sebagai pentadbir kumpulan bagi kumpulan kelas yang melibatkan pelajar bawah umur 18 tahun. Sekiranya perlu menubuhkan kumpulan belajar atau projek yang lebih kecil, seorang guru boleh:

    • memastikan bahawa mereka ialah pentadbir bagi setiap kumpulan;
    • melantik seorang pelajar sebagai pentadbir bersama kumpulan;
    • lakukan susulan dengan pentadbir bersama kumpulan secara berkala untuk membincangkan sebarang masalah dan mengingatkan mereka tentang Tatakelakuan;
    • galakkan pelajar untuk sama ada @sebut atau menghantar mesej peribadi kepada guru sekiranya terdapat sebarang masalah.
  • Untuk mengekalkan penglibatan komuniti, anda perlu memastikan maklumat yang diberikan dalam kumpulan Pengumuman adalah bernilai dan relevan kepada semua orang. Ini merangkumi pengumuman tentang:

    • perhimpunan dan acara;
    • penutupan dan cuti;
    • pelantikan atau pertukaran kakitangan;
    • perubahan kurikulum;
    • tinjauan maklum balas.

    Mempertimbangkan tujuan pelbagai kumpulan dalam komuniti adalah satu amalan yang baik. Anda boleh bekerja bersama pentadbir kumpulan berdasarkan matlamat mereka, untuk memberi panduan berkenaan format, kekerapan, dan kandungan komunikasi mereka. Perkara berikut mungkin bermanfaat:

    • edarkan pengumuman peringkat tahun kepada ibu bapa dan pelajar tentang acara, percubaan kelayakan, dan peluang lain;
    • mesej kepada kumpulan ibu bapa kelas untuk mencari sukarelawan, menjemput mereka untuk bertemu dengan guru, atau memberikan respons kepada soalan lazim mereka;
    • hantar video pendidikan, dokumen kerja rumah, atau peringatan tentang jadual waktu peperiksaan kepada kumpulan kelas.

    Pentadbir komuniti dan kumpulan patut meminta maklum balas daripada ahli tentang maklumat yang mereka anggap berguna serta perkara yang ingin mereka lihat dengan lebih kerap. Pentadbir komuniti dan kumpulan boleh juga berhubung menerusi kumpulan Pentadbir Sahaja bagi berkongsi perkara yang mereka fikirkan berkesan atau sebaliknya, kumpulan yang sepatutnya dimasukkan atau dikeluarkan agar perbualan kekal lebih relevan, dan sama ada pengumuman tertentu lebih berkesan pada tahap kumpulan atau komuniti.

Kembali ke 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
Muat turun tutorial ini
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda

SETERUSNYA

Kumpulan Sokongan atau Sukarelawan
LIHAT TUTORIAL
KEMBALI KE ATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap