Cara WhatsApp boleh membantu anda kekal berhubung semasa pandemik koronavirus (COVID-19)
WhatsApp membantu anda berhubung dengan orang yang paling penting. Berikut adalah beberapa cara WhatsApp dapat membantu anda mengambil berat tentang rakan dan keluarga, kekal terkini dengan maklumat kesihatan rasmi semasa dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab. Jika anda baru menggunakan WhatsApp atau hanya memerlukan penerangan semula, berikut adalah panduan langkah demi langkah cara untuk bermula.
Pemimpin Komuniti
Kami komited untuk menyediakan sokongan kepada pemimpin komuniti dalam masa anda bertindak balas menghadapi cabaran ini. Ketahui cara anda boleh menggunakan WhatsApp untuk memaklumkan dan kekal berhubung dengan komuniti anda pada waktu mereka sedang bimbang tentang koronavirus.
Cerita
Lihat cara orang menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan komuniti mereka dalam masa yang mencabar ini:
Di Pakistan, satu grup WhatsApp telah memungut Rs21 juta untuk membantu rakyat yang paling terjejas daripada jatuh miskin:
Baca artikel di sini >Sekolah rendah di Naples, Itali meneruskan pendidikan walaupun ditutup, menggunakan WhatsApp untuk memberikan tugasan kepada keluarga:
Baca artikel di sini > Seorang lelaki di Hong Kong menggunakan WhatsApp untuk menggerakkan komuniti supaya menyokong perniagaan tempatan:
Baca artikel di sini >Program pemerkasaan pekerjaan di Jordan menggunakan WhatsApp untuk memastikan wanita bermotivasi untuk mencari pekerjaan semasa serangan Koronavirus:
Baca artikel di sini >Pakar perubatan di Paris membuat grup WhatsApp untuk mendapatkan kemas kini terkini tentang keupayaan hospital:
Baca artikel di sini > Guru di kem pelarian di Syria berkongsi pelajaran melalui video dengan ibu bapa menggunakan WhatsApp:
Baca artikel di sini >Bekas hamba di India menggunakan grup WhatsApp untuk meningkatkan kesedaran tentang koronavirus di kalangan rakan-rakan mereka:
Baca artikel di sini >Pesakit di Florianópolis, Brazil boleh menjadualkan janji temu dan membuat pertanyaan menggunakan WhatsApp:
Baca artikel di sini>