Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun

Cara WhatsApp boleh membantu anda kekal berhubung semasa pandemik koronavirus (COVID-19)

WhatsApp membantu anda berhubung dengan orang yang paling penting. Berikut ialah beberapa cara WhatsApp dapat membantu anda mengambil berat tentang rakan dan keluarga, kekal termaklum dengan maklumat kesihatan rasmi yang terkini dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab. Jika anda baru menggunakan WhatsApp atau hanya memerlukan penerangan semula, berikut ialah panduan langkah demi langkah cara untuk memulakan.

Berhubung secara jarak jauh

Gunakan ciri-ciri WhatsApp, seperti grup, panggilan suara, dan video untuk kekal berhubung dan memberikan sokongan kepada orang yang tersayang walaupun anda mungkin tidak dapat berada di tempat yang sama dengan mereka.

Pilih sumber maklumat yang boleh dipercayai

Berhubung dengan organisasi tempatan, kebangsaan dan global. Pilih sumber yang dipercayai, seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau kementerian kesihatan negara anda, untuk maklumat dan garis panduan terkini.

Bantu mencegah penyebaran khabar angin

Fikirkan tentang mesej yang anda terima, kerana bukan semua mesej yang anda terima tentang koronavirus adalah tepat. Tentu sahkan fakta dengan sumber rasmi lain yang dipercayai, penyemak fakta, atau menerusi bot sembang penyemak fakta Rangkaian Penyemak Fakta Antarabangsa (IFCN) di +1 (727) 2912606. Jika anda tidak pasti akan kesahihan sesuatu mesej, jangan majukan.

Pemimpin Komuniti

Kami komited untuk menyediakan sokongan kepada pemimpin komuniti dalam masa anda bertindak balas menghadapi cabaran ini. Ketahui cara anda boleh menggunakan WhatsApp untuk memaklumkan dan kekal berhubung dengan komuniti anda pada waktu mereka sedang bimbang tentang koronavirus.

Pakar Penjagaan Kesihatan

Ketahui cara anda boleh berhubung dengan pesakit anda, memaklumkan komuniti, menganjurkan persidangan jarak jauh, menetapkan balasan pantas kepada soalan yang kerap ditanya dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut >

Pendidik

Ketahui cara untuk berhubung dengan pelajar anda melalui WhatsApp, menghantar dan menerima tugasan, berkongsi pelajaran dalam bentuk teks serta mesej suara dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut>

Badan Amal dan Kerajaan Tempatan

Perkenalkan organisasi anda, kekal berhubung dengan komuniti anda, kongsi maklumat yang tepat dan sesuai pada masanya, lakukan penyelarasan dengan pasukan anda, jawab soalan lazim dengan pantas dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut>

Perniagaan Tempatan

Ketahui cara lain untuk terus berhubung dengan pelanggan anda, berkongsi waktu perniagaan semasa, melakukan pengambilan dan penghantaran dengan lebih cekap, menyediakan kemas kini inventori yang lebih kerap dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut>

Cerita

Lihat cara orang menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan komuniti mereka dalam masa yang mencabar ini:

Di Pakistan, sebuah grup WhatsApp telah mengumpulkan sebanyak Rs21 juta untuk membantu rakyat negara itu yang paling terjejas daripada terjerumus ke dalam kemiskinan: Baca artikel di sini >

Sekumpulan Datuk Bandar di Itali kekal berhubung menggunakan WhatsApp: Baca artikel di sini >

Beberapa sekolah rendah di Naples, Itali meneruskan pendidikan walaupun sekolah ditutup, menggunakan WhatsApp untuk menyampaikan tugasan kepada keluarga: Baca artikel di sini >

Seorang lelaki di Hong Kong menggunakan WhatsApp untuk menggerakkan komuniti dalam menyokong perniagaan tempatan: Baca artikel di sini >

Sebuah program pemerkasaan pekerjaan di Jordan menggunakan WhatsApp untuk memastikan wanita kekal bermotivasi dalam mencari pekerjaan ketika Koronavirus melanda: Baca artikel di sini >

Pakar perubatan di Paris telah menubuhkan grup WhatsApp untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keupayaan hospital: Baca artikel di sini >

Pegawai-pegawai di Coimbatore, India mengadakan mesyuarat menerusi WhatsApp: Baca artikel di sini >

Guru-guru di kem pelarian di Syria berkongsi video pelajaran dengan ibu bapa menggunakan WhatsApp: Baca artikel di sini >

Bekas mangsa pengabdian di India menggunakan grup di WhatsApp untuk meningkatkan kesedaran tentang koronavirus di kalangan rakan-rakan mereka: Baca artikel di sini >

Pesakit-pesakit di Florianópolis, Brazil boleh menjadualkan janji temu dan bertanyakan soalan menerusi WhatsApp: Baca artikel di sini >

Rakan kongsi global

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap