Pilih bahasa anda
  • azərbaycan
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Melayu
  • català
  • čeština
  • dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • español
  • français
  • Gaeilge
  • hrvatski
  • italiano
  • Kiswahili
  • latviešu
  • lietuvių
  • magyar
  • Nederlands
  • norsk bokmål
  • o‘zbek
  • Filipino
  • polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • română
  • shqip
  • slovenčina
  • slovenščina
  • suomi
  • svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • български
  • қазақ тілі
  • македонски
  • русский
  • српски
  • українська
  • עברית
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिन्दी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Cara WhatsApp boleh membantu anda kekal berhubung semasa pandemik koronavirus (COVID-19)

WhatsApp membantu anda berhubung dengan orang yang paling penting. Berikut adalah beberapa cara WhatsApp dapat membantu anda mengambil berat tentang rakan dan keluarga, kekal terkini dengan maklumat kesihatan rasmi semasa dan berkongsi maklumat secara bertanggungjawab. Jika anda baru menggunakan WhatsApp atau hanya memerlukan penerangan semula, berikut adalah panduan langkah demi langkah cara untuk bermula.

Berhubung secara jarak jauh

Gunakan ciri WhatsApp seperti grup, suara dan panggilan video untuk terus berhubung dan memberikan sokongan kepada orang yang tersayang walaupun anda mungkin tidak dapat berada bersama mereka.

Pilih sumber maklumat yang boleh dipercayai

Berhubung dengan organisasi tempatan, kebangsaan dan global. Bergantung kepada sumber yang dipercayai, seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau kementerian kesihatan negara anda untuk maklumat terkini dan garis panduan.

Bantu mencegah penyebaran khabar angin

Fikirkan tentang mesej yang anda terima, kerana tidak semua mesej yang anda terima tentang koronavirus adalah tepat. Sahkan fakta dengan sumber rasmi lain yang dipercayai, penyemak fakta atau melalui chatbot penyemak fakta Rangkaian Penyemak Fakta Antarabangsa (International Fact-Checking Network, IFCN) di +1 (727) 2912606. Jangan majukan mesej jika anda tidak pasti akan kesahihannya, .

Pemimpin Komuniti

Kami komited untuk menyediakan sokongan kepada pemimpin komuniti dalam masa anda bertindak balas menghadapi cabaran ini. Ketahui cara anda boleh menggunakan WhatsApp untuk memaklumkan dan kekal berhubung dengan komuniti anda pada waktu mereka sedang bimbang tentang koronavirus.

Pakar Penjagaan Kesihatan
Ketahui cara anda boleh berhubung dengan pesakit anda, memaklumkan komuniti, mengehoskan persidangan jarak jauh, menetapkan balasan cepat kepada soalan yang kerap ditanya dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut >
Pendidik
Ketahui cara untuk berhubung dengan pelajar anda melalui WhatsApp, menghantar dan menerima tugasan, berkongsi pelajaran dalam bentuk teks serta mesej suara dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut >
Kerajaan Tempatan dan Organisasi Bukan Untung
Perkenalkan organisasi anda, kekal berhubung dengan komuniti anda, berkongsi maklumat yang jitu dan tepat pada masanya, berselaras dengan pasukan anda, cepat membalas kepada soalan lazim dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut >
Perniagaan Tempatan
Ketahui cara lain untuk terus berhubung dengan pelanggan anda, berkongsi waktu perniagaan semasa, buatkan pengambilan dan penghantaran lebih cekap, berikan kemas kini inventori yang lebih kerap dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut >

Cerita

Lihat cara orang menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan komuniti mereka dalam masa yang mencabar ini:

  • Di Pakistan, satu grup WhatsApp telah memungut Rs21 juta untuk membantu rakyat yang paling terjejas daripada jatuh miskin: Baca artikel di sini >
  • Sekumpulan datuk bandar Itali kekal berhubung menggunakan WhatsApp: Baca artikel di sini >
  • Sekolah rendah di Naples, Itali meneruskan pendidikan walaupun ditutup, menggunakan WhatsApp untuk memberikan tugasan kepada keluarga: Baca artikel di sini >
  • Seorang lelaki di Hong Kong menggunakan WhatsApp untuk menggerakkan komuniti supaya menyokong perniagaan tempatan: Baca artikel di sini >
  • Program pemerkasaan pekerjaan di Jordan menggunakan WhatsApp untuk memastikan wanita bermotivasi untuk mencari pekerjaan semasa serangan Koronavirus: Baca artikel di sini >
  • Pakar perubatan di Paris membuat grup WhatsApp untuk mendapatkan kemas kini terkini tentang keupayaan hospital: Baca artikel di sini >
  • Pegawai di Coimbatore, India mengadakan mesyuarat melalui WhatsApp: Baca artikel di sini >
  • Guru di kem pelarian di Syria berkongsi pelajaran melalui video dengan ibu bapa menggunakan WhatsApp: Baca artikel di sini >
  • Bekas hamba di India menggunakan grup WhatsApp untuk meningkatkan kesedaran tentang koronavirus di kalangan rakan-rakan mereka: Baca artikel di sini >
  • Pesakit di Florianópolis, Brazil boleh menjadualkan janji temu dan membuat pertanyaan menggunakan WhatsApp: Baca artikel di sini>

Rakan kongsi global

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan
  • Privasi

Syarikat

  • Perihal
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
  • Koronavirus
2021 © WhatsApp LLC
Terma & Privasi