Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.
Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.
Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.
Keselamatan merupakan teras kepada pengalaman WhatsApp. Komuniti anda seharusnya menjadi ruang yang selamat untuk orang ramai berhubung secara bermakna. Berikut ialah senarai alat dan ciri yang kami bina untuk memastikan anda dan ahli anda selamat.
Privasi dan keselamatan ialah teras kami. Oleh sebab itu, kami membangunkan ciri penyulitan hujung ke hujung dalam Komuniti kami. Ciri penyulitan hujung ke hujung bermaksud hanya anda dan orang yang berkomunikasi dengan anda boleh membaca atau mendengar mesej yang dihantar. Tiada pihak lain yang boleh berbuat demikian, termasuk WhatsApp.
Lagi tentang penyulitan hujung ke hujung.
Untuk memastikan akaun anda selamat, anda harus mendayakan penentusahan dua langkah. Jika seseorang cuba mengelog masuk ke akaun WhatsApp anda daripada peranti lain, mereka akan dikehendaki untuk memasukkan kod 6 digit yang dihantar ke nombor anda, serta nombor pengenalan peribadi (PIN) tambahan. Jangan sesekali berkongsi pin anda dengan sesiapa pun. Sebagai langkah keselamatan tambahan, anda boleh mengunci akaun WhatsApp pada telefon dan/atau desktop anda menggunakan Cap Jari atau ID Muka anda.
Anda boleh menetapkan mesej untuk menghilang dalam tempoh 24 jam, 7 hari, atau 90 hari selepas mesej dihantar. Sebagai privasi tambahan, anda boleh menghantar foto dan video yang akan hilang daripada sembang WhatsApp anda selepas dibuka oleh penerima sekali. Untuk mengelakkan penyebaran khabar angin, mesej tular dan berita palsu, berhati-hati dengan perkara yang anda siarkan - terutamanya mesej berantai dan label "Dimajukan berkali-kali" dipaparkan.
Anda boleh menghentikan penerimaan mesej, panggilan dan pengemaskinian status daripada kenalan tertentu dengan menyekat mereka. Anda turut boleh melaporkan mesej dan akaun bermasalah dengan menekan lama satu mesej.
Sebagai pentadbir, anda diberi kuasa untuk memastikan komuniti anda selamat. Anda boleh mengehadkan orang yang boleh mengubah subjek, ikon dan perihalan Kumpulan.
Pentadbir boleh memadamkan mesej yang tidak diingini atau mengalih keluar ahli yang suka mengganggu daripada komuniti. Anda juga boleh mengalih keluar kumpulan atau membubarkan komuniti, jika perlu. Apabila menjemput ahli baharu untuk menyertai, jangan siarkan pautan ke kumpulan anda pada forum atau laman web awam, hanya kongsikan dengan orang yang anda kenali sahaja.
Sebagai ahli, anda memutuskan orang yang boleh menambahkan anda ke Kumpulan. Jika anda ingin keluar daripada Kumpulan yang anda sertai, anda boleh berbuat demikian tanpa diketahui. Hanya pentadbir yang akan mengetahui hal ini.
Ahli boleh meninggalkan Komuniti dengan menggunakan ciri keluar komuniti. Sebarang kandungan yang tidak sesuai atau berbahaya harus dilaporkan kepada WhatsApp untuk membantu kami memastikan komuniti selamat. Bisukan pemberitahuan kumpulan: Jika komuniti menjadi terlalu hingar, ahli boleh membisukan pemberitahuan kumpulan.
Lagi tentang keselamatan dan privasi dalam Komuniti WhatsApp.