Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

201: Menangani konflik dan menggalakkan keterangkuman

Konflik merupakan sebahagian daripada kehidupan dan tidak dapat dielakkan. Hal ini sering berlaku apabila orang yang berbeza berkumpul untuk berinteraksi, sama ada dalam atau luar talian. Ketahui penyebab konflik yang lazim dan cara pasukan pentadbir dan ahli anda menyelesaikan perbalahan yang timbul.

Petua ringkas:

  • Bertindak dengan pantas untuk menangani konflik sebelum melarat sehingga di luar kawalan
  • Hubungi ahli yang terlibat secara persendirian untuk memahami punca konflik
  • Saling membantu dan bekerjasama dengan pasukan pentadbir anda untuk menyelesaikan konflik
  • Raikan perbezaan dan galakkan perbezaan pendapat yang sihat

"Pengasingan antara komuniti pentadbir kami dengan komuniti ahli membantu kami membuat penyelarasan dengan lebih baik semasa krisis."

- Nina, Langsung Enak

Mencipta dan menguatkuasakan peraturan yang jelas untuk mengelakkan konflik

Orang ramai menyertai komuniti untuk berhubung, mendapatkan maklumat, berkongsi pengalaman dan berbincang serta bertukar idea. Pentadbir komuniti boleh mencegah konflik dengan mencipta dan memberitahu ahli tentang peraturan yang jelas mengenai kelakuan yang boleh dan tidak boleh diterima dengan kerap, serta menguatkuasakan peraturan tersebut secara konsisten dan telus.

  • Kembangkan semuaRuntuhkan semua
  • Konflik memang merumitkan. Konflik boleh tercetus apabila wujud percanggahan personaliti, atau apabila kepercayaan dan pendapat dicabar. Hal ini mungkin berpunca daripada kegagalan dalam berkomunikasi, salah faham, atau kekeliruan, atau perbezaan pandangan terhadap isu semasa atau kontroversi. Sebaiknya, bekerjasama dengan pasukan pentadbir anda untuk merangka strategi pengantaraan konflik bagi meminimumkan, mengurus dan menyelesaikan konflik secara konsisten. Pertimbangkan keadaan konflik yang mungkin timbul, persetujui proses pengantaraan, dan sediakan respons yang jelas terlebih dahulu untuk membantu pasukan anda menangani pertikaian apabila terjadi.

    Kami mengesyorkan agar anda menggalakkan semua ahli anda agar saling bertanggungjawab dan melaporkan sebarang masalah kepada pasukan pentadbir secepat mungkin supaya anda boleh bertindak segera untuk meminimumkan kesan negatif akibat konflik.

    Apabila konflik berlaku, segera bertindak untuk meredakan ketegangan dan pastikan anda:

    • Mengingatkan ahli tentang peraturan komuniti dan akibat berkelakuan jelik
    • Mengumpulkan maklumat untuk mengenal pasti punca konflik dan memahami sebab konflik tersebut terjadi
    • Mendengar secara teliti tanpa prasangka atau kecenderungan untuk memahami sudut pandangan setiap ahli
    • Bekerjasama dengan ahli yang terlibat untuk menyelesaikan masalah dan mengingatkan mereka cara berinteraksi dengan positif antara satu sama lain

    Pelarasan tetapan Kumpulan kepada benarkan pentadbir sahaja menghantar mesej buat sementara waktu jika bebenang Kumpulan tertentu menjadi tidak terkawal ialah satu idea yang bernas. Tindakan ini akan membenarkan anda menjeda perbualan dan membolehkan ahli bertenang sementara anda mempertimbangkan langkah yang seterusnya.

    Cara mengubah tetapan privasi kumpulan

  • Salah faham yang remeh boleh menjadi perbalahan yang besar dengan pantas apabila ahli berasa terancam atau dipinggirkan. Dengan menghubungi ahli secara peribadi, anda menunjukkan sikap prihatin dan bersedia untuk membantu. Tindakan ini menggambarkan bahawa anda memahami niat dan sudut pandangan mereka, serta membantu mereka menyedari kebolehan diri untuk menyumbang secara positif dan kembali pulih daripada konflik. Ingat bahawa kadangkala manusia perlukan masa sejenak untuk bertenang sebelum bercakap tentang perkara yang berlaku dan meluahkan perasaan mereka. Beri ahli masa dan ruang untuk bertenang sebelum meneruskan perbincangan selanjutnya.

    Terangkan kepada mereka peraturan yang mungkin telah dilanggar dan dengar luahan mereka dengan teliti supaya mereka berasa didengar dan dihormati. Cari punca utama masalah supaya anda boleh memahami perasaan mereka dan sebab masalah tersebut timbul. Anda harus ingat bahawa orang yang agresif juga mungkin akan terasa dipandang rendah atau tidak dipedulikan, maka anda perlu bersikap terbuka dan bertimbang rasa, walaupun ketika menguatkuasakan peraturan.

    Namun, sekiranya pengantaraan tidak berkesan dan ahli terus bersikap agresif, pertimbangkan untuk mengalih keluar mereka daripada Kumpulan atau komuniti anda.

  • Komuniti yang sihat dan berkembang maju menyokong pelbagai suara dan perspektif yang berbeza. Gunakan peraturan komuniti anda untuk memaklumkan kepada ahli cara berinteraksi yang patut diamalkan antara satu sama lain. Ini dapat mewujudkan ruang komuniti yang saling menghormati dan terangkum, serta mengalu-alukan dan meraikan perbezaan.

    Tunjukkan teladan kelakuan yang ingin anda lihat dalam komuniti anda. Dengan memastikan pasukan anda mempunyai ahli daripada pelbagai latar belakang yang memiliki kekuatan, idea dan pendekatan yang berbeza, anda boleh membina asas yang kukuh untuk kepelbagaian dan keterangkuman.

    Cuba raikan perbezaan pendapat dan perbahasan secara hormat dengan menggalakkan sifat saling memahami dan menghormati dalam kalangan ahli yang mempunyai latar belakang dan pandangan yang berlainan. Wujudkan peluang supaya ahli dapat bercakap tentang pengalaman mereka dan berkongsi cerita mereka. Usaha mengenali komuniti anda dengan lebih dekat ialah cara berkesan untuk menjalinkan ikatan silaturrahim dan membantu ahli mengenali orang yang sehaluan dengan mereka.

  • Pengurusan konflik menyebabkan tekanan dan boleh mengakibatkan keletihan mental dan emosi. Anda perlu memantau kesihatan mental anda sendiri dan melindungi diri anda daripada aura negatif. Pastikan diri anda tenang dan berfikir secara rasional supaya anda dapat membantu penyelesaian masalah dengan sebaik mungkin. Jika perlu, ambil masa untuk berfikir dan minta pertolongan daripada rakan pentadbir anda yang lain.

    Sebaik-baiknya, jalinkan kerjasama erat dengan pasukan pentadbir anda untuk saling menyokong dan berkongsi peranan memantau serta mengurus konflik dalam komuniti. Maklumkan kepada pasukan anda apabila anda berhadapan dengan ahli yang bermasalah dan bincangkan situasi ini dengan mereka untuk mendengar pandangan lain, membincangkan kemungkinan penyelesaian dan bersetuju dengan tindakan relevan yang harus diambil. Jika perlu, minta rakan pentadbir lain untuk menghubungi ahli yang terlibat.

    Penyelidikan strategi dan kajian kes untuk belajar daripada mereka yang telah berjaya menangani konflik yang serupa juga boleh memberi anda manfaat.

Teruskan pembelajaran

Penetapan peraturan yang jelas ialah langkah pertama yang penting untuk mengurus komuniti anda. Ketahui cara menguatkuasakan peraturan bagi memelihara nilai komuniti anda, memastikan ahli kekal selamat dan mengekalkan budaya yang positif.

Kembali ke 200: Menetapkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti yang Harmoni
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda

SETERUSNYA

202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Bermasalah
LIHAT TUTORIAL
KEMBALI KE ATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap