Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

103: Melibatkan dan mengembangkan Komuniti anda

Orang ramai menyertai komuniti untuk mengakses maklumat, berhubung dengan individu yang sefahaman, untuk mendapat inspirasi, serta bekerjasama ke arah matlamat yang serupa. Untuk mengembangkan Komuniti WhatsApp, anda seharusnya mewujudkan ruang yang mampu memenuhi keperluan ahli dan menjalinkan perhubungan yang bermakna serta erat. Sampaikan maklumat dan kandungan secara kreatif, serta galakkan ahli untuk melibatkan diri, berinteraksi dan menyumbang kepada komuniti yang sihat, positif dan aktif.

Petua ringkas:

  • Alu-alukan semua ahli baharu dan kongsikan tujuan dan peraturan komuniti
  • Hadir dan galakkan ahli anda untuk melibatkan diri
  • Hasilkan kandungan secara kreatif agar bermakna dan bermanfaat kepada ahli anda
  • Dapatkan maklum balas secara kerap bagi memastikan anda kekal relevan terhadap keperluan dan minat ahli anda

"Keupayaan untuk mencipta dan mengurus begitu banyak kumpulan di bawah satu bumbung memberikan sentuhan yang lebih peribadi dan ternyata dapat menjalinkan perhubungan yang lebih bermakna antara ahli kami - berteraskan misi kami untuk menghubungkan ahli dan memupuk persahabatan yang erat."

- Bruna (International Women Berlin)

Menggalakkan penglibatan aktif

Komuniti berkembang maju apabila ahli melibatkan diri secara aktif. Sebagai seorang pentadbir, anda boleh mempengaruhi cara ahli berhubung dan berinteraksi dengan mengawal keseimbangan agar komunikasi bermakna sentiasa berterusan, tetapi tidak membanjiri ahli dengan maklumat yang terlampau banyak sehingga menjadi spam atau hingar.

Mari kita lihat beberapa idea untuk mengembangkan dan melibatkan komuniti anda:

  • Kembangkan semuaRuntuhkan semua
  • Komuniti yang mesra dan positif akan menarik ahli baharu untuk turut serta serta mewujudkan persekitaran yang sihat dan saling mendukung satu sama lain.

    Fikirkan cara anda akan mengalu-alukan ahli baharu. Mesej alu-aluan peribadi daripada pentadbir komuniti atau Kumpulan menunjukkan sambutan mesra kepada ahli. Anda juga patut menyertakan maklumat tentang tujuan dan peraturan komuniti untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan selesa dan mengambil bahagian dengan yakin.

    Apabila ahli semakin bertambah, pentadbir komuniti dan Kumpulan juga boleh meningkatkan penglibatan dengan menghubungkan individu yang mempunyai minat yang sama. Pada satu ketika nanti, ahli yang baru berhubung ini mungkin akan menubuhkan Kumpulan lain dalam komuniti anda.

    Cara mencipta dan menjemput seseorang ke dalam kumpulan

  • Untuk menggalakkan penyertaan, pentadbir komuniti dan Kumpulan mestilah mudah dihubungi, senang didekati dan bersikap mesra. Sikap mesra dan peramah membolehkan ahli mengenali anda dan membina kepercayaan. Setelah anda berjaya meraih kepercayaan ini, ahli akan berasa lebih selesa untuk menanyakan sebarang soalan kepada anda atau mengambil bahagian dalam perbualan Kumpulan.

    Sesetengah ahli mungkin memerlukan idea topik untuk dikongsikan atau dibualkan. Antara cara yang berkesan untuk mendapatkan respons dan meningkatkan penglibatan ahli adalah dengan bertanya soalan-soalan mudah, relevan dan terbuka. Apabila ahli Kumpulan memberikan respons, balas secara terus kepada mereka supaya mereka tahu pendapat mereka dihargai.

    Minimumkan mesej tidak berfaedah dan mengelirukan dalam Kumpulan untuk mengekalkan minat dan penglibatan ahli. Pastikan pengumuman adalah jelas, relevan, dan tepat pada masanya. Ingatkan ahli supaya menggunakan fungsi "balas", untuk memastikan perbualan dalam Kumpulan sentiasa teratur dan mengikut tajuk.

    Cara menghantar reaksi mesej

  • Jenis kandungan yang dikongsi bergantung pada tujuan komuniti anda. Fikirkan perkara yang ahli anda harapkan daripada komuniti. Sekiranya tujuan adalah untuk berkongsi maklumat tentang sesuatu matlamat, perkongsian kandungan yang berkaitan dengan topik secara kerap akan dihargai. Sekiranya tujuan adalah untuk sokongan sosial, pentadbir boleh berkongsi sumber atau peluang untuk berhubung.

    Jadilah pentadbir komuniti dan Kumpulan yang kreatif. Pertimbangkan perkongsian kandungan dalam pelbagai format melalui teks, video, imej, nota suara, GIF dan banyak lagi. Panggilan Kumpulan berjadual juga boleh menjadi cara yang berkesan untuk menggalakkan interaksi dan memberikan kelainan yang menarik berbanding dengan rantaian mesej.

    Anda perlu memastikan Kumpulan memenuhi dan menepati tujuannya. Dari masa ke masa, kumpulan mungkin akan menjadi terlalu besar dan tidak semua orang berpendapat kandungan yang sama masih lagi relevan. Langkah mengecilkan Kumpulan dengan minat yang lebih khusus boleh merancakkan perbualan serta membantu anda menentukan maklumat yang harus dikekalkan dalam Kumpulan tertentu dan yang patut disiarkan kepada semua orang.

    Cara mencipta dan berkongsi pautan panggilan
    Cara menghantar mesej suara

  • Langkah mendapatkan maklum balas berkala merupakan satu amalan yang baik. Bekerjasama dengan pentadbir Kumpulan anda untuk bertanya kepada ahli tentang jenis maklumat yang mereka anggap bernilai, tidak bernilai, dan maklumat yang mereka mahu tahu lebih lanjut.

    Jika penyertaan semakin menurun, penting untuk anda fahami sebabnya. Mungkinkah disebabkan komen negatif dan tidak sopan, penyebaran maklumat salah, atau maklumat yang berlebihan?

    Sesetengah ahli gemar memberikan komen dan respons kepada semua perkara, manakala yang lain lebih gemar sekadar menjadi pemerhati dalam perbincangan yang sedang berlangsung. Ingat bahawa ahli yang tidak bersuara masih mendapat manfaat daripada komuniti anda walaupun mereka tidak aktif seperti yang lain.

    Jika semakin ramai ahli meninggalkan komuniti, sebaiknya tanya sebab mereka berbuat demikian, tetapi sila hormati orang yang tidak mahu memberikan maklum balas atau melibatkan diri lebih lanjut.

    Cara membalas mesej

Teruskan pembelajaran

Sempadan memberikan garis panduan dan menetapkan had bagi kelakuan dan kandungan yang boleh diterima. Fahami cara mengurus serta mencegah maklumat salah, pembulian dan kemudaratan lain.

Kembali ke 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Bagus
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda

SETERUSNYA

200: Menetapkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti yang Harmoni
LIHAT TUTORIAL
KEMBALI KE ATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap