Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

200: Menetapkan sempadan dan suasana yang positif

Langkah menetapkan serta memaklumkan sempadan yang jelas sejak awal dapat membantu ahli berinteraksi secara selamat dan positif. Ketahui cara anda boleh bekerjasama dengan ahli anda untuk mengekalkan persekitaran yang selesa dengan mendidik mereka tentang maklumat salah, olokan dan cara bertindak balas terhadap pembulian dan gangguan. Anda akan memberi mereka pengetahuan dan keupayaan untuk membentuk komuniti yang terangkum seperti yang mereka inginkan.

Petua ringkas:

  • Maklumkan tentang peraturan dan sempadan komuniti untuk menyemai kelakuan yang selamat dan boleh diterima
  • Ajar ahli tentang cara mengenal pasti serta bertindak balas terhadap maklumat salah dan olokan
  • Bertindak dengan pantas untuk menangani kelakuan kasar dan bekerjasama dengan ahli terbabit untuk menyelesaikan masalah tersebut
  • Galakkan semua ahli untuk memainkan peranan yang aktif dalam memastikan keselamatan komuniti

"Kami ingin mengehadkan bilangan ahli dalam komuniti kami untuk memastikan ahli kami terlibat dan komited dalam usaha kami untuk mengekalkan semangat kumpulan."

- Karlina, BTS Army

Membuatkan ahli anda berasa selesa

Mengambil bahagian dalam komuniti sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat, namun ada masa mungkin terdapat gangguan. Jadi, pentadbir komuniti dan Kumpulan mestilah bekerjasama untuk mengekalkan suasana yang harmoni. Berikut ialah beberapa petua untuk membantu komuniti anda mewujudkan budaya saling menghormati.

  • Kembangkan semuaRuntuhkan semua
  • Sempadan mentakrifkan dengan jelas tentang tingkah laku yang selamat dan boleh diterima. Sempadan menetapkan perkara yang boleh diterima dengan selesa atau sebaliknya dan layanan yang kita harapkan daripada orang lain. Sempadan menerangkan tanggungjawab dan harapan, serta membantu dalam membina kepercayaan. Apabila merangka peraturan komuniti anda, gunakan nada yang positif untuk menerangkan sempadan ini dan tindakan yang akan diambil apabila peraturan dilanggar.

    Komuniti yang mempunyai budaya positif dan tidak banyak konflik dapat mencapai kejayaan ini kerana mempunyai peraturan yang baik yang dimaklumkan dengan jelas sejak awal lagi. Siarkan peraturan anda dalam perihalan komuniti supaya maklumat itu menonjol dan mudah dicapai, serta siarkan secara kerap dalam Kumpulan Pengumuman. Pengemaskinian peraturan adalah penting sejajar dengan pertumbuhan serta perubahan komuniti anda agar peraturan tersebut kekal relevan untuk semua ahli. Pastikan anda memaklumkan secara jelas dan telus tentang sebarang harapan atau perubahan baharu dan perkenalkan perubahan peraturan secara beransur-ansur supaya komuniti anda dapat menerima dan menyesuaikan diri.

    Demi kesejahteraan diri, anda harus memikirkan sempadan peribadi anda dan menetapkan jangkaan berkaitan dengan ketersediaan diri. Sebagai contoh, anda mungkin ingin menetapkan waktu anda berada dalam talian dari 9 pagi - 6 petang, Isnin hingga Jumaat, untuk memberitahu pasukan pentadbir dan ahli anda bahawa anda tidak akan membalas sebarang mesej di luar waktu tersebut.

  • Bekerjasama dengan pentadbir Kumpulan untuk menyemak sebarang pelanggaran peraturan komuniti anda dan maklumat serta interaksi yang boleh membawa kemudaratan kepada kumpulan anda. Bertindak segera dalam membanteras perbualan yang tidak diingini atau berbahaya supaya tidak tersebar dengan cepat. Pemadaman mesej yang melanggar jangkaan dan peraturan komuniti anda dengan segera adalah penting. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengubah tetapan kumpulan "Hantar Mesej" kepada "Pentadbir Sahaja" buat sementara waktu untuk menghalang ahli daripada menghantarkan mesej lanjut sekiranya bebenang Kumpulan menjadi sangat toksik.

    Maklumat salah seringkali tular. Walaupun satu mesej telah dikongsi beberapa kali, tidak bermakna mesej itu benar. Foto, rakaman audio dan video boleh disunting untuk memperdayakan orang ramai.

    Galakkan ahli anda agar sentiasa memeriksa sama ada sesuatu mesej yang aneh atau mencurigakan adalah benar, dan elak daripada menjadi mangsa kepada maklumat palsu dengan:

    • Menyemak laman berita yang boleh dipercayai untuk melihat asal-usul cerita tersebut. Cerita yang dilaporkan pada berbilang wadah dan daripada sumber yang boleh dipercayai berkemungkinan besar adalah sahih
    • Merujuk penyemak fakta yang bersekutu dengan Rangkaian Penyemakan Fakta Antarabangsa untuk menentusahkan maklumat

    Sebaik-baiknya, semak dengan teliti fakta dalam mesej yang dilabelkan sebagai "Mesej Yang Sering Dimajukan," memandangkan mesej tersebut telah dimajukan sekurang-kurangnya sebanyak lima kali daripada penghantar yang asal.

    Ingatkan ahli bahawa cerita yang sukar dipercayai selalunya adalah tidak benar. Banyak mesej dan pautan yang berunsur penipuan mempunyai kesilapan ejaan atau tatabahasa, atau mengandungi permintaan yang menghendaki penerima berkongsi maklumat peribadi. Sentiasa "tuding" pada pautan dan semak dengan teliti sebelum mengklik.

    Sekiranya anda melihat mesej yang mengandungi maklumat palsu, segera maklumkan kepada penghantar bahawa maklumat tersebut adalah tidak tepat. Minta mereka perbetulkan dan sahkan mesej tersebut dalam kumpulan dengan segera. Sekiranya seorang ahli sering berkongsi berita palsu, hubungi mereka secara peribadi untuk menerangkan sebab tindakan ini memudaratkan dan bantu mereka untuk memahami cara mengenali maklumat salah. Jangan berlengah untuk mengalih keluar pesalah serius daripada Kumpulan atau komuniti.

    Cara mengelakkan penyebaran maklumat salah

  • Pembulian berlaku apabila seseorang mengganggu, mengugut, memalukan, atau menyasarkan orang lain dengan niat untuk memperkecil atau memalukan mereka. Bekerjasama dengan pentadbir anda untuk memerhatikan tanda-tanda penyalahgunaan ini:

    • Komen yang berunsur kebencian dan mengutuk rupa, keupayaan, bangsa, jantina, keseksualan, atau agama seseorang
    • Panggilan atau mesej tidak diingini yang berulang dalam kumpulan
    • Maklumat peribadi dan imej intim dikongsi tanpa persetujuan

    Apabila seseorang ahli membuli atau mengganggu ahli yang lain, bertindak pantas untuk memadamkan sebarang mesej atau kandungan yang melanggar peraturan komuniti. Hubungi ahli yang melakukan kesalahan untuk mengingatkan mereka tentang harapan komuniti dan menjernihkan serta menenangkan keadaan. Anda mungkin cuba untuk lebih menyiasat punca pembulian atau gangguan untuk membantu mereka memahami keburukan tindakan itu terhadap ahli lain, serta kesan perbuatan sedemikian kepada Kumpulan dan komuniti. Pastikan mereka memahami akibat daripada kelakuan mereka atau minta ahli untuk mengemukakan idea tentang cara menyelesaikan masalah dan membina semula kepercayaan. Atau anda mungkin mahu menyekat pesalah daripada menyertai komuniti.

    Langkah menghubungi mangsa dan memberikan bantuan serta sokongan juga penting. Ingatkan mereka supaya menghubungi pentadbir atau orang yang mereka percayai untuk mendapatkan bantuan dan menjelaskan bahawa mereka mampu mengawal interaksi mereka dengan cara menyekat ahli.

    Sementara anda menyiasat dan berbincang dengan ahli yang terlibat, anda boleh meminta pentadbir Kumpulan membisukan Kumpulan buat sementara waktu dengan melaraskan tetapan supaya hanya pentadbir yang boleh menghantar mesej.

    Jika seseorang ahli sentiasa bertindak kasar dan membuli serta mengganggu orang lain, anda harus segera mengalih keluar mereka daripada Komuniti dan setiap Kumpulan yang mereka sertai.

  • Keselamatan komuniti ialah tanggungjawab setiap ahli. Bincang secara terbuka tentang kemungkinan kemudaratan dalam talian dan terapkan budaya dalam kalangan ahli agar mereka merasai semangat kekitaan dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan komuniti.

    Kongsikan petua dan maklumat secara proaktif tentang keselamatan dalam talian bagi membantu ahli memahami cara melindungi diri mereka sendiri dan orang lain daripada sebarang risiko. Pastikan juga ahli sedia maklum tentang tetapan privasi dan keselamatan yang boleh membantu mereka kekal selamat ketika menggunakan WhatsApp.

    Gunakan peraturan komuniti anda untuk memupuk budaya ihsan dan bersatu-padu yang mengalu-alukan serta meraikan perbezaan pendapat dan menggalakkan sikap saling menghormati dalam komuniti. Langkah membantu ahli anda memahami kesan daripada ucapan dan tindakan mereka kepada orang lain boleh mengurangkan kebarangkalian penyalahgunaan dan konflik.

    Galakkan ahli untuk bersuara apabila mereka melihat kelakuan dan/atau kandungan tidak sesuai yang ditujukan kepada mereka atau ahli lain. Apabila ahli sedang mengadakan perbincangan yang menarik dengan pelbagai pandangan dan pendapat, tuliskan mesej untuk menghargai dan berterima kasih kepada ahli atas perbincangan yang bermanfaat.

    Cara mengubah tetapan privasi anda

Teruskan pembelajaran

Perselisihan faham dan konflik biasanya timbul disebabkan oleh kegagalan komunikasi serta perbezaan dari segi personaliti, nilai dan pendapat. Ketahui cara menangani konflik, menyelesaikan masalah antara ahli, serta meraikan kepelbagaian dan keterangkuman dalam komuniti anda.

Kembali ke 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda

SETERUSNYA

201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
LIHAT TUTORIAL
KEMBALI KE ATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap