Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

101: Membina komuniti yang selamat

Penggunaan platform digital memberikan banyak peluang untuk meningkatkan kehidupan, namun anda harus sedar akan risiko supaya anda boleh melindungi diri anda serta Komuniti anda. Ketahui cara memastikan ahli anda selamat dan lindungi privasi mereka dengan mengurus Kumpulan dan perbualan serta menggalakkan ahli agar menggunakan ciri Keselamatan dan Privasi WhatsApp.

Petua pantas:

  • Menguatkuasakan peraturan Komuniti anda;
  • Berkongsi amalan terbaik untuk keselamatan dalam talian dan menggalakkan ahli agar menggunakan ciri keselamatan dan privasi WhatsApp;
  • Bekerjasama dengan pasukan pentadbir anda untuk mengawal Kumpulan dan ahli yang ditambahkan pada Komuniti anda;
  • Bertindak secara pantas dalam menangani kandungan dan/atau ahli yang bermasalah.

"Dalam hal menyokong mangsa keganasan rumah tangga yang perlu dikendalikan secara sulit, pentadbir kumpulan melihat bahawa WhatsApp disulitkan hujung ke hujung dan berasa lebih yakin untuk mengadakan perbincangan melalui aplikasi tersebut. Privasi harus dititikberatkan dan apa-apa perkara yang anda bincangkan tidak dikongsi dengan khalayak yang tidak dikehendaki."

- Givers Arena, Nigeria

Apakah itu keselamatan, privasi dan perlindungan komuniti?

Apabila orang ramai berasa selamat dalam sesebuah komuniti, mereka cenderung untuk turut serta dan merasai semangat kekitaan. Perasaan itu mudah hilang jika ahli terdedah kepada kandungan atau tingkah laku yang memudaratkan, apabila Kumpulan tidak bersifat sulit, atau apabila maklumat peribadi dikongsi tanpa persetujuan.

Keselamatan merupakan teras kepada segala perkara yang dilakukan oleh WhatsApp. Mesej peribadi, foto, video, mesej suara, dokumen dan panggilan anda dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung. Gunakan ciri keselamatan dan privasi di WhatsApp untuk melindungi diri sendiri dan ahli anda. Sebagai pentadbir Komuniti, kerjasama rapat antara anda dengan pentadbir Kumpulan adalah penting untuk memastikan ahli anda berasa selamat.

Ahli Komuniti WhatsApp boleh mencari butiran hubungan pentadbir Kumpulan mereka dengan mudah dan boleh mencapai pentadbir Komuniti mereka secara terus jika perlu.

  • Kembangkan semuaRuntuhkan semua
  • Jangan sediakan Komuniti WhatsApp yang:

    • Melanggar, menyalah guna, atau mencabuli hak pengguna kami atau orang lain, termasuk privasi, publisiti, harta intelektual, atau hak proprietari yang lain;
    • Bersifat haram, lucah, fitnah, ugutan, menakutkan, mengganggu, terkutuk, menyentuh isu perkauman atau etnik;
    • Menghasut atau menggalakkan kelakuan yang menyalahi undang-undang atau tidak senonoh, seperti menggalakkan jenayah kekerasan, membahayakan atau mengeksploitasi kanak-kanak atau orang lain, atau yang boleh mendatangkan kecederaan;
    • Terlibat dalam menyiarkan pernyataan yang palsu atau mengelirukan;
    • Terlibat dalam penyamaran sebagai orang lain;
    • Terlibat dalam pemesejan pukal, pemesejan automatik, atau pendailan automatik.

    Sebagai pentadbir Komuniti, anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan kami mengikut Terma Perkhidmatan kami. Tindakan boleh diambil terhadap akaun anda, termasuk menyahdayakan atau mengharamkan Komuniti, sekiranya berlaku pelanggaran.

  • Pastikan semua orang tahu tentang ciri-ciri keselamatan dan privasi yang disediakan oleh WhatsApp untuk melindungi pengguna daripada pelaku jahat. Pentadbir Komuniti dan Kumpulan harus berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang cuba mengambil alih akaun anda, berkongsi maklumat salah, atau menambah atau mengalih keluar ahli. Anda seharusnya menggalakkan ahli anda agar melindungi akaun mereka dan mengingatkan mereka supaya tidak berkongsi maklumat Komuniti dengan orang luar bagi mengehadkan risiko pendedahan Komuniti kepada bahaya. Sebagai pentadbir Komuniti, anda boleh mengalih keluar ahli, memadamkan mesej yang tidak berkaitan (hingga 2.5 hari selepas dihantar) untuk memastikan keselamatan komuniti.

    Pastikan diri anda dan ahli anda kekal selamat dengan memaklumkan kepentingan tentang:

    • Menggunakan ciri penentusahan dua langkah WhatsApp untuk melindungi akaun anda;
    • Tidak berkongsi maklumat sensitif dan peribadi, seperti alamat e-mel atau rumah;
    • Tidak meminta sesiapa sahaja berkongsi sebarang maklumat peribadi;
    • Memastikan data peribadi dan imej kekal sulit dengan tidak berkongsi tanpa persetujuan.

    Ingatkan ahli anda bahawa mereka boleh menggunakan ciri privasi tambahan seperti mesej menghilang dan media lihat sekali apabila mereka berkongsi maklumat peribadi dalam Kumpulan. Galakkan semua ahli untuk memanfaatkan alat dan ciri yang telah kami reka bentuk bagi memastikan keselamatan dan privasi anda.

    Untuk pentadbir Komuniti, langkah berhati-hati adalah sangat penting apabila anda menghantar mesej dalam Kumpulan Pengumuman. Jangan @sebut mana-mana ahli dalam kumpulan Pengumuman kerana tindakan itu boleh mendedahkan nombor telefon kenalan tersebut kepada seluruh komuniti.

    Cara untuk kekal selamat di WhatsApp

    Petua keselamatan akaun

  • Komuniti WhatsApp menyediakan satu lapisan privasi tambahan kerana pengguna tidak boleh mencari komuniti anda secara umum dalam talian, tetapi mesti dijemput untuk mengikut serta. Selaraskan dengan pentadbir komuniti dan Kumpulan anda bagi memastikan ahli ditambah masuk ke dalam komuniti atas tujuan yang betul. Kehadiran orang yang tidak sehaluan dengan tujuan komuniti atau menyertai atas niat yang tidak baik boleh menjatuhkan nilai komuniti kepada ahli anda, atau mendedahkan komuniti anda kepada gangguan, penipuan, atau kemudaratan yang lain.

    Pengurusan dan pengawalan secara aktif adalah mustahak untuk menentukan cara Kumpulan serta ahli boleh menyertai dan berinteraksi dengan Kumpulan lain dalam komuniti anda. Setiap komuniti boleh mengandungi maksimum sebanyak lima puluh Kumpulan termasuk Kumpulan Pengumuman. Oleh itu, pantau penciptaan Kumpulan baharu bagi memastikan hanya Kumpulan yang relevan dipautkan kepada Komuniti anda.

    Pastikan pentadbir Kumpulan anda mengawasi ahli baharu dan keluarkan sesiapa sahaja yang tidak sepatutnya berada di situ. Anda boleh mengalih keluar ahli dengan pergi ke senarai peserta Kumpulan dan mengklik pada nama ahli tersebut.

    Anda boleh menjemput Kumpulan dan ahli untuk menyertai sesebuah komuniti menggunakan pautan undangan atau dengan menambah pengguna tersebut ke dalam kenalan anda secara individu. Berhati-hati apabila anda berkongsi pautan undangan. Jangan sekali-kali menyiarkan pautan itu pada halaman web awam. Hantar pautan undangan melalui saluran komunikasi persendirian kepada orang yang anda kenali sahaja. Anda juga boleh menghidupkan tetapan permintaan menyertai kumpulan untuk kumpulan yang menghendaki pentadbir menyemak mana-mana peserta baharu sebelum menyertai kumpulan. Sekiranya anda memasukkan seseorang dan mereka mengalih keluar diri mereka sendiri, hormati keputusan mereka.

    Perihal permintaan menyertai kumpulan

  • Pastikan semua pentadbir tahu tanggungjawab mereka dan dilatih untuk memastikan Kumpulan mereka kekal selamat. Sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan konflik, gangguan, pembulian dan kandungan mudarat serta kuat kuasakan peraturan komuniti anda secara konsisten. Bertindak dengan pantas untuk memadamkan mesej yang tidak sesuai atau tidak boleh dipercayai dengan menekan lama pada mesej tersebut dan sekat, laporkan, serta alih keluar Kumpulan atau ahli yang bermasalah sekiranya perlu.

    Bantu pentadbir dan ahli dalam mengenal pasti kandungan negatif, mengikut konteks norma komuniti dan jangkaan ahli anda. Kandungan mungkin menjadi masalah dalam komuniti anda sekiranya kandungan itu:

    • Melanggar peraturan komuniti anda
    • Menyinggung atau memudaratkan ahli komuniti
    • Mengandungi maklumat yang tidak benar atau tidak boleh dipercayai
    • Mengandungi pautan mencurigakan yang mungkin merupakan komplot penipuan, maklumat salah, olokan atau kandungan bermasalah

    Ingatkan ahli anda supaya mengabaikan kandungan atau melaporkan sebarang kelakuan yang mencurigakan dan berfikir terlebih dahulu sebelum memajukan mesej.

    WhatsApp mengehadkan pemajuan mesej untuk memperlahankan penyebaran maklumat salah. Anda boleh memajukan mesej kepada lima sembang sekali gus. Jika mesej telah dimajukan, anda boleh memajukan mesej tersebut kepada hingga lima sembang, termasuk maksimum satu kumpulan.

    Jika anda melihat kandungan atau tingkah laku yang membimbangkan anda, atau jika sesiapa dalam komuniti anda berada dalam keadaan cemas, hubungi pihak sokongan dengan segera. Hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda, pihak penguatkuasaan undang-undang atau talian penting pencegahan bunuh diri.

    Perihal spam dan mesej yang tidak diingini
    Perihal had pemajuan

Teruskan pembelajaran

Pentadbir komuniti memainkan peranan penting dalam mengurus dan menyelenggara Komuniti WhatsApp. Fahami ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang pentadbir komuniti yang baik.

Kembali ke 100: Menubuhkan Komuniti Anda
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda

SETERUSNYA

102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
LIHAT TUTORIAL
KEMBALI KE ATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap