Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun

Cara WhatsApp boleh membantu anda kekal berhubung semasa pandemik koronavirus (COVID-19)

Perniagaan Tempatan

Sebagai ahli kepada komuniti yang anda sediakan perkhidmatan, mengurus perniagaan anda boleh menjadi lebih mencabar daripada biasa pada waktu ketidakpastian dan pengasingan yang semakin meningkat ini. Berhubung dengan pelanggan anda di WhatsApp—alat sama yang mereka gunakan untuk sentiasa berhubung dengan rakan dan keluarga.

Sila gunakan WhatsApp secara bertanggungjawab ketika berhubung dengan pelanggan anda. Hanya berkomunikasi dengan pengguna yang anda kenali dan mereka yang ingin menerima mesej daripada anda. Minta pelanggan simpan nombor telefon anda dalam buku alamat mereka dan elakkan menghantar mesej automatik atau promosi kepada kumpulan. Tidak mengikuti amalan terbaik yang mudah ini boleh menyebabkan aduan daripada pengguna lain dan kemungkinan sekatan akaun.

Untuk mengurus pelbagai pertanyaan dengan baik, tampilkan maklumat yang berguna dalam profil perniagaan anda dan kongsikan butiran tentang perkhidmatan anda dalam katalog. Kami mencadangkan anda menggunakan aplikasi WhatsApp Business yang boleh dimuat turun secara percuma. Klik di sini untuk panduan langkah demi langkah tentang cara menggunakan aplikasi WhatsApp Business. Sekiranya anda perlu memindahkan akaun anda daripada aplikasi WhatsApp Messenger ke WhatsApp Business, klik di sini.

Muat turun untuk telefon anda

ANDROIDIPHONE

Kekal berhubung dengan pelanggan anda

Cipta pautan pendek yang pelanggan boleh gunakan untuk memulakan sembang WhatsApp dengan anda. Kongsikan pautan menerusi e-mel, laman web anda, halaman Facebook atau mana-mana saluran yang sering digunakan.

Kongsikan waktu perniagaan semasa

Pastikan pelanggan anda sedar tentang sebarang perubahan kepada waktu operasi anda. Gunakan profil perniagaan anda untuk memaparkan hari dan waktu perniagaan anda dibuka.

Kemas kini ketersediaan produk dengan kerap

Kongsikan produk yang tersedia dengan pelanggan anda dalam masa nyata. Gunakan kumpulan untuk berhubung dengan pelanggan setia anda dan kemas kini katalog anda supaya pelanggan mudah melihat ketersediaan stok anda.

Anjurkan perundingan jarak jauh

Gunakan panggilan video dan suara yang disulitkan untuk berhubung dengan pelanggan dan sediakan perkhidmatan sama yang mereka peroleh secara bersemuka.

Sediakan pengambilan dan penghantaran yang lebih cekap

Apabila kunjungan pelanggan di kedai berkurangan, pengambilan dan penghantaran mungkin akan meningkat. Hidupkan ciri lokasi langsung dalam WhatsApp apabila anda semakin dekat ke alamat penghantaran. Ciri ini berkongsi lokasi anda dengan pelanggan dan memastikan urusan yang cepat dan mudah.

Bawa pelanggan ke dalam kedai anda

Terbiasa dengan pelanggan yang senang hati setiap kali mereka mengunjungi kedai anda? Berikan mereka lawatan secara maya melalui kemas kini status.

Kekal berhubung dengan pekerja anda

Gunakan kumpulan dan panggilan video kumpulan untuk bekerjasama secara jauh.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Hab Maklumat Koronavirus WhatsApp, hubungi kami.

Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap