Hayrat Malaysia merupakan sebuah badan dakwah yang merupakan cawangan perwakilan Hayrat Foundation dari Turkiye. Kami bertujuan untuk menyumbang khidmat dalam pemantapan aqidah, penghayatan agama dan sunnah, dan berusaha ke arah kesatuan Islam seluruh dunia. Sehingga kini Hayrat mempunyai lebih dari 20 cawangan seluruh dunia, 5 pusat pendidikan di dalam Malaysia, 3 perwakilan di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia dan Kemboja. Ikuti segala perkembangan aktiviti dakwah kami sama ada di peringkat universiti atau sekolah/masjid/madrasah dalam bidang pendidikan, kemanusiaan dan penerbitan dari channel ini. Terus doakan usaha dakwah kami mampu berjaya sehingga diterima oleh Allah SWT.