Tip Keselamatan WhatsApp

Pemesejan di WhatsApp bersifat peribadi, oleh sebab itu, privasi dan keselamatan anda amat penting untuk kami. Mesej dan panggilan anda dilindungi secara automatik dengan penyulitan hujung ke hujung agar tidak ada seorang pun, termasuk WhatsApp, yang boleh membaca atau mendengarnya.

Kami juga telah membangunkan lebih banyak ciri yang boleh membantu anda kekal selamat pada WhatsApp.

Kawal Tetapan Privasi anda

Tetapkan profil foto, terakhir dilihat dan info anda, untuk dapat dilihat oleh semua orang, kenalan sahaja atau tiada sesiapa.

Sekat Pengguna yang Tidak Diinginkan

Hentikan seseorang daripada menghubungi anda secara langsung dari dalam sembang.

Minta Info Akaun

Dapatkan laporan maklumat dan tetapan akaun WhatsApp anda.

Padam semua mesej dalam sembang individu atau grup, atau semua sembang sekaligus.

Matikan Resit Dibaca

Pilih jika seseorang boleh melihat jika anda telah membaca mesej mereka.

Padam dan Lapor Spam

Lapor spam dari dalam aplikasi.

Tinggalkan Grup

Keluar dari grup pada bila-bila masa.

Dayakan Pengesahan Dua Langkah

Cipta pin enam digit untuk mendayakan keselamatan tambahan.

Sumber Tambahan

Untuk sumber tambahan mengenai topik keselamatan pengguna, sila lawati Soalan lazim ini.