Meta AI membantu segala urusan dengan mudah seperti menyelaraskan pertemuan dengan rakan anda dan mencipta imej untuk dikongsikan dalam sembang kumpulan berteraskan keselamatan dan privasi WhatsApp.
Ciri mungkin tidak tersedia untuk semua pengguna. Ketahui lebih lanjut tentang ketersediaan di sini.
Dapatkan bantuan dengan Meta AI, sama ada anda lebih suka teks atau suara—seperti menyelesaikan masalah matematik, mengedit foto atau mencari restoran yang disetujui oleh semua orang dalam sembang kumpulan.
Hidupkan idea anda menggunakan Meta AI untuk mengedit foto anda atau mencipta imej janaan AI baharu untuk digunakan sebagai ikon kumpulan anda, ditetapkan sebagai latar belakang untuk panggilan video anda atau dihantar dalam sembang.
Apabila mesej yang belum dibaca mula bertimbun, Meta AI boleh membantu anda meringkaskan mesej tersebut dengan cepat supaya anda boleh kembali kepada perbualan dengan segera. Teknologi Pemprosesan Sulit membolehkan Meta AI memproses mesej anda tanpa membenarkan Meta atau WhatsApp membaca mesej tersebut.
Anda mengawal cara anda menggunakan pengalaman AI yang tersedia melalui WhatsApp. Seperti biasa, mesej dan panggilan peribadi anda dilindungi oleh ciri penyulitan hujung ke hujung. Untuk ciri yang menggunakan mesej peribadi anda, teknologi Pemprosesan Sulit membolehkan Meta AI menjana respons tanpa membenarkan Meta atau WhatsApp membaca mesej anda.
Meta AI sedia membantu dan terdapat banyak cara untuk menggunakan Meta AI—sama ada anda bertanya terus dalam sembang atau menerokai pengalaman AI yang lain pada WhatsApp.
Bersembang dengan Meta AI untuk belajar, mencipta dan meneroka. Sama ada menyelidik destinasi percutian anda yang seterusnya atau menulis mesej dengan perkataan yang betul, Meta AI boleh membantu.
Gunakan Meta AI untuk mencipta apa-apa sahaja yang boleh anda bayangkan, memuat naik swafoto dan membayangkan diri anda dalam sebarang senario dan berkongsi hasil dengan sembang kumpulan anda.
Hasilkan rupa foto anda seperti yang anda inginkan. Minta Meta AI menambahkan latar belakang baharu, mengalih keluar objek, menjadikan foto sebagai ilustrasi dan banyak lagi.
Sama ada anda merakam foto tumbuhan yang anda tidak kenali atau memerlukan bantuan memahami konsep matematik, gunakan Meta AI untuk mengetahui kandungan dalam foto anda.