Terma Facebook untuk WhatsApp Business
Kali Terakhir Diubah Suai: 12 Jun 2018
- Pengenalan
1.1 WhatsApp membangunkan dan mengendalikan perkhidmatan perniagaan untuk membolehkan perniagaan berkomunikasi dengan para pengguna WhatsApp pada rangkaian WhatsApp (“Penyelesaian WhatsApp Business”). Sebagai pengedar Penyelesaian WhatsApp Business, Facebook Ireland Limited ialah entiti berkontrak yang menawarkan anda akses kepada Penyelesaian WhatsApp Business, melainkan anda berada di Amerika Syarikat, Kanada atau Brazil, dalam hal ini, Facebook, Inc. ialah entiti berkontrak yang menawarkan anda akses kepada Penyelesaian WhatsApp Business (secara kolektif, “Facebook”, “kami”, atau “kita”).
1.2. Dengan mencipta akaun perniagaan WhatsApp, anda dan syarikat, termasuk mana-mana Sekutu, yang diberi kuasa kepada anda untuk wakili (“anda”, atau “Syarikat”) bersetuju dengan Terma Facebook untuk WhatsApp Business ini dan semua terma dan dasar lain yang berkenaan yang dimasukkan melalui rujukan seperti yang diterangkan di bawah (secara kolektif, "Perjanjian"). Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda memasuki Perjanjian ini bagi pihak syarikat atau entiti sah yang lain (termasuk mana-mana Sekutu), yang mana anda mempunyai kuasa penuh untuk mengikat Perjanjian ini. “Sekutu” bermaksud mana-mana entiti yang, secara langsung atau tidak langsung, memiliki atau mengawal, dimiliki atau dikawal oleh, atau berada di bawah pemilikan atau kawalan bersama anda. “Kawalan” bermaksud kuasa untuk mengarahkan pengurusan sesebuah entiti, dan “pemilikan” bermaksud pemilikan benefisial sebanyak 50% atau lebih daripada sekuriti ekuiti pengundian atau kepentingan mengundi yang setara bagi entiti tersebut.
1.3. Istilah yang berhuruf besar ditakrifkan secara kontekstual dalam Perjanjian ini dan sebaliknya dalam sebarang terma tambahan berkenaan yang dimasukkan ke dalam Perjanjian ini melalui rujukan.
- Akaun WhatsApp Business
2.1. Penyelesaian WhatsApp Business terdiri daripada klien perisian (“Klien WhatsApp Business”), yang anda gunakan (bagi pihak anda sendiri atau bagi pihak pelanggan perniagaan anda yang mana anda merupakan penyedia perkhidmatan) untuk berinteraksi dengan pemesejan kami dan API lain ( “API WhatsApp Business”), untuk menghantar mesej atau menggunakan ciri lain yang tersedia untuk berinteraksi dengan para pengguna WhatsApp lain pada rangkaian WhatsApp. Untuk menggunakan Penyelesaian WhatsApp Business, anda mestilah mencipta akaun perniagaan WhatsApp (“WABA”). Untuk mengakses API WhatsApp Business, anda mestilah mempunyai akaun Pengurus Perniagaan Facebook untuk dipautkan kepada WABA anda.
2.2. WhatsApp menyediakan Penyelesaian WhatsApp Business kepada anda di bawah terma tambahan yang dinyatakan dalam Terma Penyelesaian WhatsApp Business. Selain itu, jika anda ialah penyedia perkhidmatan yang diberi kuasa ke atas pelanggan perniagaan anda dan mengakses API WhatsApp bagi pihak mereka, terma tambahan yang dinyatakan dalam Terma WhatsApp Business untuk Penyedia Perkhidmatan juga terpakai kepada anda. Apabila anda menggunakan Penyelesaian WhatsApp Business, anda bersetuju dengan terma tambahan ini dan terma itu dimasukkan ke dalam Perjanjian ini melalui rujukan.
- Akaun Facebook
3.1 Facebook ialah pengedar Penyelesaian WhatsApp Business dan WhatsApp bekerjasama dengan Facebook untuk menyediakan pelbagai alat dan ciri yang diperlukan untuk mengakses Penyelesaian WhatsApp Business kepada anda, termasuk: - 3.2. Apabila anda memautkan akaun Pengurus Perniagaan Facebook dan akaun Facebook for Developers anda dengan WABA anda, WhatsApp akan memberikan data, metrik dan maklumat anda yang lain yang berkaitan dengan penggunaan Penyelesaian WhatsApp Business oleh anda kepada Facebook, supaya Facebook dapat mengebilkan akaun anda, mengeluarkan invois kepada anda, menerima pembayaran daripada anda dan memberi anda wawasan perniagaan, analisis, dokumentasi teknikal, serta sokongan produk dan teknikal. Facebook memberi anda sokongan untuk Penyelesaian WhatsApp Business dan berusaha untuk memberi anda perakuan awal tidak lebih daripada 4 jam selepas menerima permintaan anda. Terma Facebook dan Terma Komersial Facebook yang terpakai untuk Pengurus Perniagaan Facebook dan Facebook for Developers, serta apa-apa terma Facebook tambahan lain yang berkaitan untuk sebarang perkhidmatan lain yang disediakan oleh Facebook, mentadbir penggunaan perkhidmatan tersebut oleh anda.
- Tertib bagi Terma Yang Mentadbir. Setakat mana sebarang percanggahan antara Terma Facebook untuk WhatsApp Business ini, Terma Facebook, Terma Komersial Facebook dan sebarang terma tambahan Facebook lain yang mentadbir perkhidmatan yang disediakan oleh Facebook, Terma Facebook untuk WhatsApp Business ini akan mengawal berkenaan dengan pengedaran oleh Facebook, serta akses dan penggunaan oleh anda, Penyelesaian WhatsApp Business . Setakat mana sebarang percanggahan antara Terma Penyelesaian WhatsApp Business dengan Terma Perkhidmatan WhatsApp Business, Terma Penyelesaian WhatsApp Business yang akan mentadbir. Setakat mana sebarang percanggahan antara Terma WhatsApp Business untuk Penyedia Perkhidmatan dengan Terma Penyelesaian WhatsApp Business, Terma WhatsApp Business untuk Penyedia Perkhidmatan yang akan mentadbir.
- Yuran, Cukai, Invois dan Pembayaran
5.1. Yuran. Anda bersetuju untuk membayar Facebook bagi mendapatkan akses kepada API WhatsApp Business mengikut senarai harga dan peraturan penetapan harga yang dinyatakan dalam Kad Kadar kami dan kami akan mengeluarkan invois kepada anda di bawah setiap akaun Pengurus Perniagaan Facebook anda yang dikaitkan dengan WABA anda. Data WhatsApp dan Facebook akan menjadi satu-satunya asas untuk invois yang kami keluarkan kepada anda. Kami berhak mengemas kini Kad Kadar pada setiap bulan dan perubahan pada senarai harga dan peraturan penetapan harga akan berkuat kuasa pada hari pertama bulan kalendar berikutan perubahan tersebut pada Kad Kadar. Yuran di bawah Perjanjian ini boleh diinvois dan mesti dibayar dalam USD, melainkan kami menyokong penginvoisan dan penerimaan pembayaran dalam mata wang tempatan anda. Yuran akan diselesaikan sepenuhnya mengikut kaedah pembayaran anda seperti yang dinyatakan di bawah. Sebarang pembayaran lewat akan dikenakan caj perkhidmatan bersamaan dengan 1.5% sebulan daripada jumlah yang perlu dibayar atau jumlah maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, yang mana lebih rendah.
5.2. Untuk Penyedia Perkhidmatan. Kami akan mengebilkan dan mengeluarkan invois kepada anda untuk akses dan penggunaan API WhatsApp Business oleh pelanggan perniagaan anda (“Klien”), termasuk untuk semua yuran yang berkaitan dengan WABA di bawah setiap akaun Pengurus Perniagaan anda dan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembayaran yuran tersebut kepada Facebook.
5.3. Cukai. Jumlah yang kami kenakan kepada anda mungkin dikenakan dan merangkumi cukai serta levi yang berkenaan, termasuk cukai pegangan. Anda bertanggungjawab untuk menanggung dan membayar apa-apa cukai yang dikenakan pada transaksi anda. Anda akan membayar ganti rugi dan memastikan kami bebas daripada dan terhadap apa-apa tuntutan yang timbul daripada kegagalan anda untuk berbuat demikian.
5.4. Kaedah Pembayaran. Apabila anda memasuki Perjanjian ini, anda bersetuju untuk menyelesaikan yuran sama ada sebagai pelanggan yang diinvois atau tidak diinvois. Pelanggan yang diinvois ialah mereka yang dilanjutkan had kredit Penyelesaian WhatsApp Business dan dikeluarkan invois secara berkala untuk pembayaran mengikut terma invois yang berkenaan oleh Facebook. Pelanggan yang tidak diinvois akan dikenakan caj pada alat pembiayaan untuk penggunaan. Mengikut budi bicara mutlaknya, Facebook boleh mengelaskan anda sebagai pelanggan yang diinvois atau pelanggan yang tidak diinvois, berdasarkan pelbagai faktor. Melainkan Facebook memberitahu anda sebaliknya, kami akan berusaha untuk mengelaskan anda sebagai pelanggan yang diinvois dan jika permohonan had kredit anda berjaya, maka Bahagian di bawah yang bertajuk "Pelanggan Diinvois" terpakai kepada anda. Walau bagaimanapun, mengikut budi bicara mutlak kami, kami boleh memutuskan untuk mengelaskan anda sebagai pelanggan tidak diinvois, dalam hal ini, Bahagian yang bertajuk "Pelanggan Tidak diinvois" akan terpakai kepada anda.
5.5. Pelanggan Diinvois. Facebook akan melanjutkan had kredit kepada anda dan akan mengeluarkan invois kepada anda setiap bulan. Anda akan membayar semua yuran yang perlu dibayar di bawah Perjanjian ini, dengan dana penuh dan dijelaskan seperti yang diarahkan oleh kami. Semua yuran perlu dibayar dalam tempoh 30 hari selepas tarikh invois.
5.6. Pelanggan Tidak Diinvois. Pelanggan yang tidak diinvois mestilah memberikan alat pembiayaan dan mengesahkan bahawa anda dibenarkan mengguna alat pembiayaan tersebut. Apabila anda membiayai transaksi, anda membenarkan kami (dan pemproses pembayaran kami yang ditentukan) untuk mengecaj jumlah penuh terhadap alat pembiayaan yang anda gunakan untuk transaksi tersebut. Anda juga membenarkan kami mengumpul dan menyimpan alat pembiayaan tersebut bersama-sama maklumat transaksi lain yang berkaitan.
5.6.1. Kebenaran. Jika anda membayar dengan kad kredit atau kad debit, kami boleh mendapatkan kelulusan awal daripada pengeluar kad bagi sejumlah amaun, yang mungkin sama dengan harga penuh pembayaran anda. Kad anda akan dicaj ketika anda memulakan pembayaran atau sejurus selepas itu. Jika anda membatalkan transaksi sebelum selesai, kelulusan awal ini mungkin menyebabkan dana tidak tersedia untuk anda dengan serta-merta.
5.6.2. Pembayaran Yang Gagal Jika anda membayar melalui kad debit dan hasil transaksi muatan anda menyebabkan overdraf atau yuran lain daripada bank anda, hanya anda yang bertanggungjawab terhadap bayaran tersebut.
5.7. Laporan Kredit. Anda bersetuju bahawa kami boleh mendapatkan laporan kredit perniagaan anda daripada biro kredit semasa tempoh Perjanjian ini.
5.8. Penggantungan. Tanpa menjejaskan hak-hak kami yang lain di bawah Perjanjian ini, jika anda tidak membayar apa-apa yuran sebelum tarikh matang, maka kami boleh menggantung semua atau sebahagian daripada akses anda kepada API WhatsApp Business sehingga anda membuat pembayaran penuh. Kami akan berusaha untuk memberi anda notis sebelum penggantungan.
- Tempoh dan Penamatan
6.1. Tempoh. Perjanjian ini berkuat kuasa dari tarikh anda mencipta WABA anda dan akan diteruskan sehingga ditamatkan seperti yang dibenarkan di sini.
6.2. Penamatan untuk Kemudahan. Facebook boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, atas apa-apa atau tiada sebab, selepas 30 hari notis bertulis awal dihantarkan kepada anda, tertakluk pada tempoh bertenang sehingga 3 bulan selepas tarikh kuat kuasa penamatan, di mana anda akan tetap bertanggungjawab ke atas pembayaran bagi semua yuran yang ditanggung semasa tempoh bertenang untuk penggunaan API WhatsApp Business. Anda juga boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, atas apa-apa atau tanpa sebab, selepas 30 hari notis bertulis awal kepada Facebook; jika anda menggunakan hak anda untuk menamatkan perkhidmatan bagi tujuan kemudahan, tidak akan ada tempoh bertenang.
6.3. Penggantungan dan Penamatan. Facebook boleh menggantung akses anda kepada API WhatsApp Business atau menamatkan Perjanjian ini serta-merta jika anda melanggar Perjanjian ini (termasuk sebarang terma atau dasar yang digabungkan melalui rujukan), atau jika kami menganggap tindakan sedemikian perlu untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan atau untuk mengelakkan bahaya kepada keselamatan, kestabilan, ketersediaan atau integriti Facebook, WhatsApp dan Syarikat Facebook yang lain. Penamatan Perjanjian ini akan mengakibatkan penamatan akses anda kepada API WhatsApp Business. Selepas penamatan, kami akan mengalih keluar akses anda kepada API WhatsApp Business dan anda juga bersetuju untuk memadamkan Klien WhatsApp Business dan apa-apa kod perisian yang berkaitan dengan segera.
6.4. Pemadaman Data Anda. Selepas penamatan Perjanjian ini, kecuali untuk data yang kami kekalkan untuk tempoh masa yang terhad seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau amalan terbaik yang berkaitan dengan kewangan, cukai, penyimpanan rekod operasi atau audit, Facebook akan memadamkan sebarang data yang berkaitan dengan Penyelesaian WhatsApp Business daripada akaun Pengurus Perniagaan Facebook dan akaun Facebook for Developers anda; walau bagaimanapun, anda faham bahawa kandungan yang dipadamkan mungkin kekal dalam salinan sandaran selama tempoh masa yang munasabah semasa pemadaman dijalankan.
6.5. Kesan Penamatan. Semasa mana-mana penamatan atau tamat tempoh Perjanjian ini: (a) anda hendaklah dengan segera berhenti menggunakan Penyelesaian WhatsApp Business, kecuali semasa tempoh bertenang; (b) atas permintaan pihak yang mendedahkan, pihak yang menerima akan segera memulangkan atau memadamkan mana-mana maklumat sulit pihak yang mendedahkan yang berada dalam milikannya; dan (c) anda akan membayar kepada Facebook dengan segera apa-apa yuran tidak dibayar yang ditanggung sebelum penamatan (melainkan Facebook telah memberi anda kenyataan bertulis yang mengetepikan pembayaran sedemikian). Kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak yang melakukan apa-apa remedi, termasuk penamatan, tidak menjejaskan apa-apa remedi lain yang mungkin dimilikinya di bawah Perjanjian ini, oleh undang-undang atau sebaliknya. Penamatan Perjanjian ini tidak menamatkan secara automatik mana-mana terma perkhidmatan lain yang dimasukkan melalui rujukan ke dalam Perjanjian ini yang mentadbir perkhidmatan lain yang disediakan oleh Facebook yang mungkin anda gunakan tanpa kaitan dengan Penyelesaian WhatsApp Business (cth., Terma Facebook dan Terma Komersial Facebook mungkin akan tetap terus berkuat kuasa supaya anda boleh menggunakan Pengurus Perniagaan Facebook untuk produk dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Facebook); terma perkhidmatan sedemikian boleh terus berkuat kuasa sehingga ditamatkan menurut terma di dalamnya. Peruntukan bagi Terma Facebook untuk WhatsApp Business ini yang berikut akan terlindung daripada penamatan: Seksyen 5 (Yuran, Cukai, Invois dan Pembayaran) setakat terdapat yuran tertunggak yang perlu dibayar dan Seksyen 7 (Am).
- Am
7.1. Perubahan. Facebook boleh mengemas kini Perjanjian ini, termasuk sebarang terma, dasar atau dokumentasi tambahan yang dimasukkan ke dalam Perjanjian ini dengan rujukan ("Perubahan"). Melainkan sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang, kami akan memberitahu anda sebelum kami membuat Perubahan. Dengan terus menggunakan Penyelesaian WhatsApp Business selepas notis sedemikian, anda bersetuju dengan Perubahan tersebut.
7.2. Undang-undang Mentadbir. Perjanjian ini serta mana-mana tuntutan yang mungkin timbul antara anda dengan kami, ditadbir oleh dan harus diertikan menurut undang-undang Amerika Syarikat dan Negeri California, sebagaimana berkenaan, tanpa memberikan kesan kepada prinsip konflik undang-undang mereka. Sebarang tuntutan atau kuasa tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini mestilah dimulakan secara eksklusif di A.S. Mahkamah Daerah untuk Daerah Utara California atau mahkamah negeri di Mukim San Mateo dan setiap pihak dengan ini bersetuju dengan bidang kuasa peribadi mahkamah tersebut.
7.3. Keseluruhan Perjanjian. Perjanjian ini dan sebarang terma tambahan yang dipersetujui antara anda dengan Facebook atau WhatsApp, merangkumi keseluruhan perjanjian antara pihak-pihak tersebut berkenaan dengan Penyelesaian WhatsApp Business dan melainkan dipersetujui secara nyata antara pihak-pihak tersebut, menggantikan sebarang perwakilan atau perjanjian terdahulu. Tajuk hanya untuk kemudahan sahaja dan istilah seperti “termasuk” akan diertikan tanpa pengehadan. Perjanjian ini ditulis dalam bahasa Inggeris (AS). Kami mungkin akan memberi anda versi terjemahan Perjanjian ini untuk kemudahan anda, tetapi versi bahasa Inggeris (AS) Perjanjian ini ialah versi yang mentadbir.
7.4. Penepian dan Kebolehasingan. Kegagalan dalam menguatkuasakan peruntukan tidak akan dianggap sebagai penepian; penepian mestilah dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh pihak yang memberikan penepian. Sebarang terma atau syarat dalam mana-mana pesanan pembelian pelanggan atau bentuk perniagaan tidak akan mengubah suai Perjanjian ini dan dengan ini ditolak secara tegas, dan mana-mana dokumen itu hanya untuk tujuan pentadbiran sahaja. Sekiranya mana-mana peruntukan Perjanjian ini dihakimi oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten sebagai tidak boleh dikuatkuasakan, tidak sah atau sebaliknya bertentangan dengan undang-undang, peruntukan sedemikian akan ditafsirkan selari dengan objektif yang ditetapkan dan peruntukan Perjanjian yang lain akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
7.5. Publisiti. Apa-apa kenyataan akhbar, publisiti atau pengumuman awam tentang perhubungan pihak-pihak memerlukan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada kedua-dua pihak.
7.6. Penguntukan. Tiada pihak boleh menyerahkan Perjanjian ini atau hak atau kewajipannya di bawah Perjanjian ini tanpa persetujuan tertulis terlebih dahulu daripada pihak yang satu lagi, kecuali Facebook boleh menyerahkan Perjanjian ini tanpa persetujuan kepada ahli lain Syarikat Facebook atau berkaitan dengan penggabungan, penyusunan semula, pengambilalihan atau pemindahan lain bagi semua atau sebahagian besar asetnya atau sekuriti pengundian. Tertakluk pada perkara yang disebut di atas, Perjanjian ini akan mengikat dan memastikan manfaat pengganti dan penerima yang dibenarkan oleh setiap pihak. Penguntukan yang tidak dibenarkan adalah tidak sah dan tidak akan mewujudkan kewajipan terhadap Facebook.
7.7. Kontraktor Bebas. Para pihak ialah kontraktor bebas. Tiada agensi, perkongsian, usaha sama, atau pekerjaan yang dicipta sebagai hasil daripada Perjanjian ini dan tidak ada pihak yang mempunyai kuasa untuk mengikat yang lain.
7.8. Notis. Apa-apa notis di bawah Perjanjian ini mestilah secara bertulis. Anda mestilah menghantarkan sebarang notis kepada Facebook di alamat yang berikut (sebagaimana berkenaan): dalam hal Facebook Ireland Limited, ke 4 Grand Canal Square, Grand Canal Harbour, Dublin 2, Ireland, Phtn: Perundangan dan; dalam hal Facebook Inc, kepada 1 Hacker Way, Menlo Park, CA 94025 USA, Phtn: Perundangan. Facebook boleh menghantarkan notis ke alamat e-mel yang anda berikan dalam akaun Pengurus Perniagaan Facebook anda. Facebook juga boleh memberikan notis operasi atau notis berkaitan perniagaan lain mengenai Penyelesaian WhatsApp Business menerusi mesej atau siaran yang mudah dilihat dalam Pengurus Perniagaan Facebook.
7.9. Force Majeure. Kedua-dua pihak tidak bertanggungjawab kepada pihak lain atas apa-apa kelewatan atau kegagalan dalam melaksanakan apa-apa kewajipan di bawah Perjanjian ini (kecuali kegagalan membayar yuran) jika kelewatan atau kegagalan adalah disebabkan oleh peristiwa yang tidak dijangka yang berlaku selepas menandatangani Perjanjian ini dan yang di luar kawalan munasabah pihak tersebut, seperti mogok, sekatan, peperangan, tindakan keganasan, rusuhan, bencana alam, kegagalan atau pengurangan kuasa, telekomunikasi, rangkaian data atau perkhidmatan, atau penolakan lesen atau kebenaran oleh agensi atau entiti kerajaan.
7.10. Syarat Penggunaan Entiti Kerajaan. Sekiranya anda ialah entiti kerajaan, anda menyatakan bahawa: (a) anda tidak disekat oleh undang-undang, dasar atau prinsip yang berkenaan daripada menyetujui dan melaksanakan, atau menerima pelaksanaan, apa-apa terma atau syarat Perjanjian ini, (b) tiada undang-undang, dasar, atau prinsip berkenaan yang menjadikan mana-mana terma atau syarat Perjanjian ini tidak dapat dikuatkuasakan terhadap anda atau mana-mana entiti kerajaan yang berkenaan, (c) anda dibenarkan untuk, dan mempunyai keupayaan undang-undang di bawah undang-undang, dasar dan prinsip yang berkenaan untuk mewakili dan mengikat mana-mana entiti kerajaan yang berkaitan kepada terma dan syarat Perjanjian ini; dan (d) anda memasuki Perjanjian ini berdasarkan keputusan yang tidak berat sebelah berhubung dengan nilai Penyelesaian WhatsApp Business kepada anda dan pelanggan anda, dan tidak ada kelakuan yang salah atau percanggahan kepentingan telah mempengaruhi keputusan anda untuk memasuki Perjanjian ini. Sekiranya entiti kerajaan menerima Perjanjian ini sebagai melanggar Seksyen ini, Facebook boleh memilih untuk menamatkan Perjanjian ini, atau pihak-pihak boleh membuat perjanjian yang dipersetujui bersama dan boleh dikuatkuasakan secara berasingan atau boleh membuat persetujuan bersama untuk mengubah suai Perjanjian ini serta melaksanakan pengubahsuaian tersebut.