Mesej rakan-rakan dan keluarga anda dengan percuma*. WhatsApp menggunakan sambungan Internet telefon anda untuk menghantar mesej supaya anda boleh mengelakkan bayaran SMS.
Kekal berhubung dengan kumpulan yang paling penting, seperti keluarga atau rakan sekerja. Melalui sembang grup, anda boleh berkongsi mesej, foto dan video dengan maksimum 256 orang pada masa yang sama. Anda juga boleh menamakan grup anda, senyapkan atau sesuaikan pemberitahuan, dan banyak lagi.
Dengan WhatsApp di web dan desktop, anda boleh menyegerakkan sembang ke komputer dengan lebih lancar supaya anda boleh bersembang di mana-mana peranti yang paling mudah untuk anda. Muat turun aplikasi desktop atau lawati web.whatsapp.com untuk bermula.
Dengan panggilan suara, anda boleh berbual dengan rakan-rakan dan keluarga anda secara percuma*, walaupun mereka berada di luar negara. Dan dengan panggilan video percuma*, anda boleh berbual secara bersemuka apabila suara atau teks sahaja tidak mencukupi. Panggilan suara dan video WhatsApp menggunakan sambungan Internet telefon anda, bukan pelan panggilan suara telefon anda, jadi anda tidak perlu risau tentang caj panggilan yang mahal.
Beberapa detik paling peribadi anda dikongsikan di WhatsApp, sebab itulah kami membina penyulitan hujung ke hujung dalam versi terkini aplikasi kami. Apabila disulitkan hujung ke hujung, mesej dan panggilan anda selamat, cuma anda dan orang yang dihubungi boleh membaca atau mendengarnya, tiada sesiapa pun, termasuk WhatsApp.
Hantar foto dan video di WhatsApp serta-merta. Malah anda boleh merakam detik paling bermakna menggunakan kamera terbina. Dengan WhatsApp, foto dan video dihantar dengan pantas walaupun sambungan anda perlahan.
Kadangkala, suara anda mengatakan segalanya. Dengan hanya satu ketik, anda boleh merakam Mesej Suara, sesuai untuk bertanya khabar atau bercerita panjang.
Hantar PDF, dokumen, hamparan, persembahan slaid dan banyak lagi, tanpa menggunakan e-mel atau aplikasi perkongsian fail. Anda boleh menghantar dokumen sehingga 100 MB, jadi mudah untuk anda menghantar sesuatu kepada sesiapa sahaja.