WhatsApp Business boleh dimuat turun dengan percuma dan telah dibina dengan mengambil kira pemilik perniagaan kecil. Aplikasi ini memudahkan perhubungan secara peribadi dengan pelanggan anda, menyerlahkan produk dan perkhidmatan anda serta menjawab pertanyaan di sepanjang pengalaman mereka membeli belah. Cipta katalog untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan anda dan gunakan alat khas untuk mengautomasikan, mengisih dan menjawab mesej dengan cepat.
WhatsApp juga boleh membantu perniagaan sederhana dan besar memberikan sokongan pelanggan dan menyampaikan pemberitahuan penting kepada pelanggan. Ketahui lebih lanjut tentang API WhatsApp Business.
Cipta profil perniagaan dengan maklumat berguna untuk pelanggan anda seperti alamat, penerangan tentang perniagaan, alamat e-mel dan laman web anda.
Balasan cepat membolehkan anda menyimpan dan menggunakan semula mesej yang sering anda hantar, supaya anda boleh menjawab soalan lazim dengan mudah dalam waktu singkat.
Susun kenalan atau sembang anda menggunakan label supaya anda boleh mencarinya dengan mudah.
Tetapkan mesej berada di luar apabila anda tidak dapat menjawab panggilan supaya pelanggan anda tahu jangkaan masa untuk mendapat jawapan. Anda juga boleh mewujudkan mesej ucapan selamat untuk memperkenalkan perniagaan anda kepada pelanggan.