Aplikasi WhatsApp Business

WhatsApp Business adalah aplikasi Android yang boleh dimuat turun secara percuma dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. Melalui aplikasi ini, perniagaan boleh berhubung dengan pelanggan mereka dengan mudah menggunakan alat-alat untuk mengautomasi, menyusun, dan membalas kepada mesej dengan segera.

Mudah Dicari

Profil Perniagaan

Cipta profil perniagaan dengan maklumat penting untuk pelanggan anda seperti alamat, deskripsi perniagaan, alamat emel, dan laman web anda.

Lebih Banyak Mesej, Lebih Sedikit Kerja

Balas Cepat

Balas cepat membolehkan anda untuk menyimpan dan menggunakan semula mesej yang kerap anda hantar agar anda boleh membalas pertanyaan am dengan mudah dan segera.

Balas Segera

Mesej Automatik

Tetapkan mesej berada di luar apabila anda tidak dapat membalas mesej agar pelanggan anda tahu bila untuk menjangka balasan daripada anda. Anda juga boleh mencipta mesej salam untuk memperkenalkan pelanggan anda kepada perniagaan anda.

Dapatkan Maklumat Lengkap

Statistik Pemesejan

Akses metrik penting seperti berapa banyak mesej anda berjaya dihantar, diterima, dan dibaca.