
Aplikasi WhatsApp Business
WhatsApp Business boleh dimuat turun secara percuma dan telah dibina dengan mengambil kira pemilik perniagaan kecil. Aplikasi ini memudahkan perhubungan secara peribadi dengan pelanggan anda, menyerlahkan produk dan perkhidmatan anda serta menjawab pertanyaan di sepanjang pengalaman mereka membeli belah. Cipta katalog untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan anda dan gunakan alat khas untuk mengautomatikkan, menyusun dan membalas mesej dengan cepat.
WhatsApp juga boleh membantu perniagaan sederhana dan besar memberikan sokongan pelanggan dan menyampaikan pemberitahuan penting kepada pelanggan. Ketahui lebih lanjut tentang API WhatsApp Business.