Mudah. Selamat.
Permesejan boleh dipercayai.

Dengan WhatsApp, anda akan dapat permesejan dan panggilan yang pantas, ringkas, selamat dengan percuma*, tersedia pada telefon di seluruh dunia.
Muat turun sekarang
* Caj data mungkin dikenakan. Hubungi penyedia anda untuk butiran.

Panggilan Suara dan Video WhatsApp

Berbual Percuma

Dengan panggilan suara, anda boleh bercakap dengan rakan-rakan dan keluarga anda secara percuma*, walau pun mereka berada di negara lain. Dan dengan panggilan video percuma*, anda boleh membuat perbualan muka ke muka apabila suara atau teks tidak mencukupi. Panggilan suara dan video WhatsApp menggunakan sambungan Internet telefon anda, bukannya pelan minit suara selular anda, supaya anda tidak perlu risau akan caj panggilan yang mahal.

Penyulitan hujung ke hujung

Keselamatan secara Lalai

Beberapa saat-saat yang paling peribadi anda dikongsikan di WhatsApp, inilah sebabnya kami membina penyulitan hujung-ke-hujung ke dalam versi terbaru aplikasi kami. Apabila hujung-ke-hujung disulitkan, mesej dan panggilan anda akan dilindungi supaya hanya anda dan orang yang hubungi yang boleh membaca atau mendengar, dan tiada siapa di antara mereka, bahkan WhatsApp.
Teroka ciri-ciri