Keselamatan WhatsApp

Keselamatan dan Privasi terdapat dalam DNA kami

Dari hari pertama, kami telah membina WhatsApp bagi membantu anda terus berhubung dengan rakan-rakan, berkongsi maklumat penting semasa bencana alam, menghubungkan semula dengan keluarga terpisah, atau mencari kehidupan yang lebih baik. Beberapa detik peribadi anda dikongsikan dengan WhatsApp, yang mana menyebabkan kami membina penyulitan hujung-ke-hujung pada versi terbaru aplikasi kami. Apabila disulitkan hujung-ke-hujung, mesej, foto, video, mesej suara, dokumen dan panggilan anda adalah selamat daripada terjatuh ke tangan yang salah.

Keselamatan secara Lalai

Penyulitan hujung-ke-hujung WhatsApp tersedia apabila anda dan orang yang anda mesej menggunakan versi terkini app kami. Kebanyakan app permesejan hanya menyulitkan mesej di antara anda dan mereka, tetapi penyulitan hujung-ke-hujung WhatsApp memastikan hanya anda dan orang yang anda berkomunikasi boleh membaca apa yang dihantar, dan tiada sesiapa pengantara, walaupun WhatsApp itu sendiri. Ini kerana mesej anda telah dilindungi dengan kunci, dan hanya anda dan penerima mempunyai kekunci khas untuk menyahkunci dan membacanya. Untuk perlindungan tambahan, setiap mesej yang anda hantar mempunyai kekunci dan kunci unik tersendiri. Semua ini berlaku secara automatik: tidak perlu menghidupkan tetapan atau memasang sembang rahsia khas untuk melindungi mesej anda.

Bercakap dengan Bebas

Panggilan WhatsApp membolehkan anda bercakap dengan rakan-rakan dan keluarga, walaupun mereka berada di negara lain. Sama seperti mesej anda, panggilan WhatsApp telah disulitkan hujung-ke-hujung supaya WhatsApp dan pihak ketiga tidak boleh mendengarnya.

Mesej yang Kekal bersama Anda

Mesej anda patut berada di tangan anda. Itulah sebabnya WhatsApp tidak menyimpan mesej anda pada pelayan kami sebaik sahaja kami menghantarnya, dan penyulitan hujung-ke-hujung bermakna WhatsApp dan pihak ketiga tidak boleh membacanya.

Lihat dengan Sendiri

WhatsApp membolehkan anda menyemak sama ada panggilan yang anda buat dan mesej yang anda hantar adalah disulitkan hujung-ke-hujung. Hanya cari petunjuk dalam info kenalan atau info kumpulan.

Dapatkan secara Terperinci

Baca penjelasan teknikal terperinci bagi penyulitan hujung-ke-hujung WhatsApp, dibangunkan dengan kolaborasi bersama Open Whisper Systems.