Mengapa foto lama saya kelihatan kabur?

Satu foto mungkin kelihatan kabur jika WhatsApp tidak lagi dapat mencarinya pada peranti atau kad SD anda. Ini biasanya berlaku jika foto dipadamkan daripada peranti atau kad SD anda.

Selepas foto dimuat turun pada peranti anda, ia tidak boleh dimuat turun semula, jadi anda perlu meminta kenalan anda untuk menghantarkannya kepada anda kembali.

Foto-foto disimpan dengan lebih baik pada kad SD. Pada masa depan, jika boleh, kami menyesyorkan agar anda memasukkan kad SD ke peranti anda.

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp