Bagaimana cara mengubah nombor telefon WhatsApp saya?

Ciri Tukar Nombor membenarkan anda untuk mengubah nombor telefon yang dikaitkan dengan akaun WhatsApp anda pada telefon yang sama. Ciri ini bertujuan untuk digunakan sebelum anda mengesahkan nombor baru anda.

Jika anda mempunyai nombor telefon dan telefon yang baru, sila baca Soalan lazim ini.

Menggunakan ciri Tukar Nombor dalam WhatsApp akan:

  • Memindahkan maklumat akaun anda (termasuk maklumat profil anda), grup, dan tetapan daripada nombor telefon lama ke nombor telefon baru anda; dan
  • Memadamkan akaun yang dikaitkan dengan nombor telefon lama anda, jadi kenalan anda tidak lagi dapat melihat nombor telefon lama anda dalam senarai kenalan WhatsApp mereka.

Jika anda menggunakan ciri Tukar Nombor kami, sejarah sembang anda akan terus tersedia pada telefon anda dengan nombor telefon baru asalkan anda terus menggunakan telefon yang sama.

Sebelum memulakan proses Tukar Nombor

  1. Pastikan bahawa nombor telefon baru anda boleh menerima SMS dan/atau panggilan dan mempunyai sambungan data yang aktif.
  2. Pastikan bahawa nombor telefon lama anda disahkan pada masa ini dalam WhatsApp pada telefon anda. Anda boleh melihat apakah nombor yang disahkan dalam WhatsApp dengan menavigasi ke WhatsApp > Lagi > tetapan > profil.

Nota: Apabila anda mengubah nombor telefon WhatsApp anda, kenalan anda tidak akan dimaklumkan secara individu mengenai perubahan tersebut. Hanya peserta yang berkongsi grup sembang dengan anda akan melihat bahawa anda telah mengubah nombor anda. Untuk pengalaman pemesejan yang lancar, sila maklumkan kenalan anda bahawa nombor anda akan berubah sebelum anda memulakan proses ini.

Mengubah nombor telefon anda

Untuk mengubah nombor telefon anda dalam WhatsApp, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Masukkan kad SIM baru dengan nombor baru ke dalam telefon anda.
  2. Buka WhatsApp.
  3. Semak jika nombor telefon lama anda disahkan pada masa ini. Anda boleh melihat apakah nombor yang disahkan dalam WhatsApp dengan menavigasi ke WhatsApp > Lagi > tetapan > profil.
  4. Ketuk Lagi > tetapan > akaun > tukar nombor saya > terus.
  5. Masukkan nombor telefon lama anda di dalam kotak di atas.
  6. Masukkan nombor telefon baru anda di dalam kotak di bawah.
  7. Ketuk terima di bawah skrin untuk meneruskan.
  8. Anda akan diprom untuk mengesahkan nombor telefon baru anda.

Pelajari cara bagaimana mengubah nombor anda pada: Android | iPhone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp