Mengapa WhatsApp menggunakan nombor telefon dan buku alamat saya?

Kami meminta untuk nombor telefon anda kerana itulah cara bagaimana WhatsApp menghantar mesej sembang antara anda dan kenalan anda, sama seperti cara bagaimana sistem SMS menghantar.

Maklumat buku alamat anda

Pengguna WhatsApp tidak mempunyai akses ke maklumat buku alamat anda, kecuali jika anda berkongsi kenalan dengan menggunakan ciri "Kongsi Kenalan" dalam satu sembang. Kami menghargai privasi anda dan kami tidak pernah dan tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa pun. Jika anda ingin mempelajari lebih, sila lihat Polisi Privasi kami yang membantu menjelaskan amalan maklumat kami.

WhatsApp menggunakan nombor telefon dari buku alamat telefon anda untuk menyediakan senarai kemas kini terbaru mengenai pengguna WhatsApp yang anda ketahui untuk memudahkan bagi anda untuk menghantar mesej kepada mereka melalui WhatsApp. WhatsApp kerap melihat nombor telefon dalam buku alamat telefon anda dan kemudian membandingkan jika nombor-nombor tersebut disahkan dalam WhatsApp. Ketika seluruh proses ini berjalan, nombor telefon dihantar ke WhatsApp untuk diperiksa, secara selamat melalui sambungan yang disulitkan. Agar anda ketahui dengan siapa anda bersembang, aplikasi kemudiannya memaparkan nama-nama dari buku alamat anda.

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp