Saya mengalami masalah memuat turun atau mengemaskini WhatsApp daripada Google Play. Apakah yang perlu saya buat?

Jika anda mengalami isu apabila mengemaskini WhatsApp dari Gedung Google Play dan melihat ralat yang berikut, sila baca selanjutnya:

Jika ralat anda tidak disenaraikan di atas, sila semak Pusat Bantuan Google Play untuk langkah-langkah penyelesaian masalah.

Kod Ralat

Untuk kod ralat: 413, 481, 491, 492, 921, 927 dan 941
  1. Buang akaun Google anda dengan pergi ke Tetapan > Akaun > Google > dan pilih akaun anda.
  2. Ketik atas Butang Menu dan pilih Alih keluar akaun.
  3. But semula peranti anda dan navigasi kembali ke Akaun dan tambahkan akaun Google anda sekali lagi.
  4. Kosongkan cache yang disimpan dalam Gedung Google Play anda dengan pergi ke Tetapan > Aplikasi > Gedung Google Play > Storan > Kosongkan Cache dan juga Padam Bersih Data.
  5. Cuba memuat turun sekali lagi.
Untuk kod ralat: 101, 498 dan 919

Sila ikuti arahan pada seksyen "Tiada ruang mencukupi pada peranti" di bawah dan cuba memasang WhatsApp sekali lagi.

Untuk kod ralat: 403, 495, 504, 911, 920, 923, ralat RPC, Fail pakej tidak sah, pemasangan atau ralat gagal muat turun.
  1. Ikuti arahan pada seksyen “Tiada ruang mencukupi pada peranti" untuk memastikan anda mempunyai ruang yang mencukupi pada peranti anda.
  2. Akses laman web dari pelayar telefon anda.
  3. Ketik Muat Turun Sekarang. Ia akan dimuat turun sebagai fail APK. Nota: Anda perlu mendayakan sumber Tidak ketahui dalam peranti di Tetapan > Keselamatan > Sumber tidak diketahui untuk memasang fail ini.
  4. Buka fail untuk memulakan pemasangan.

Tiada ruang mencukupi pada peranti

Jika anda tidak dapat memasang WhatsApp kerana tiada ruang yang mencukupi pada peranti anda, anda boleh cuba mengosongkan cache dan data Gedung Google Play:

  1. Pergi ke Tetapan > Aplikasi > Gedung Google Play > Storan > Kosongkan Cache dan juga Padam Bersih Data.
  2. But semula peranti anda, kemudian cuba pasangkan WhatsApp sekali lagi.

Jika anda masih tidak dapat memasang WhatsApp, di sini terdapat beberapa tip cara bagaimana mencipta ruang kosong pada telefon anda:

  • Kosongkan cache peranti dengan pergi ke Tetapan > Storan > ketik Data cache.
  • Alihkan data dan aplikasi ke kad SD luaran anda.
  • Padamkan data lama dan aplikasi yang anda tidak menggunakan lagi.
  • Lihat dalam folder WhatsApp yang tersembunyi. Anda hanya boleh mengakses folder ini dengan pengurus fail:
    • Folder untuk video terletak di: /WhatsApp/Media/WhatsApp Videos/Sent.
    • Folder untuk imej terletak di: /WhatsApp/Media/WhatsApp Images/Sent.
    • Folder untuk Mesej Suara terletak di: /WhatsApp/Media/WhatsApp Voice Notes.

Malangnya, kami tidak dapat memberitahu anda secara tepat berapa ruang kosong yang perlu anda buat, tetapi Google mengesyorkan ruang kosong minimum 1 GB apabila memasang atau mengemaskini aplikasi.

Nota: Ingat, jika anda memadamkan imej, Mesej Suara, atau video WhatsApp, anda tidak akan dapat melihat atau mendengarnya lagi.

Aplikasi ini tidak serasi dengan peranti Android anda

Jika anda melihat mesej ralat: “Aplikasi ini tidak serasi dengan peranti Android anda”, sila pergi ke artikel Soalan Lazim ini untuk maklumat lanjut.

Item ini tidak tersedia di negara anda

Jika anda melihat ralat "Tidak tersedia di negara anda", atau jika tip penyelesaian masalah Pusat Bantuan Google Play tidak membantu, anda perlu muat turun dan kemaskini WhatsApp daripada laman web kami. Anda perlu menghidupkan Sumber tidak diketahui dalam Keselamatan di tetapan telefon anda. Kami mengesyorkan anda mematikan ciri ini selepas anda telah muat turun dan kemaskini WhatsApp daripada laman web kami.

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp