Bagaimana cara memadam kenalan?

Untuk memadam kenalan:

  1. Pergi ke WhatsApp > Kenalan.
  2. Ketik atas nama kenalan yang ingin anda keluarkan dan ketik Edit di sudut kanan di atas.
  3. Skrol sehingga ke bawah skrin Info Kenalan.
  4. Ketik Padam Akaun.

Kenalan yang anda lihat dalam WhatsApp datang daripada aplikasi Kenalan iPhone anda. Sila ambil perhatian, apabila anda memadam satu kenalan daripada WhatsApp, ini juga akan memadamkan kenalan tersebut daripada aplikasi Kenalan iPhone anda.

Memadam satu kenalan daripada aplikasi Kenalan anda tidak akan memadamkan sebarang sejarah sembang yang anda mempunyai dengan kenalan tersebut. Pelajari cara bagaimana memadam sembang dari Soalan lazim ini: Bagaimana cara memadam mesej atau sembang?

Pelajari cara bagaimana memadam kenalan pada: Android | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp