Apabila saya melancong ke luar negara, adakah saya akan dikenakan caj untuk perayauan data?

WhatsApp Messenger menggunakan pelan data Internet yang sama dengan pelayar web dan emel pada telefon anda. Anda mungkin akan dikenakan caj untuk menggunakan WhatsApp dan data lain apabila anda berada dalam perayauan. Hubungi pembawa wayarles anda untuk butiran mengenai negara perayauan antarabangsa, kad SIM, kadar dan polisi.

Jika anda tidak mempunyai pelan data antarabangsa, matikan Data Selular dan/atau Perayauan Data untuk mengelakkan caj perayauan data di Seting iPhone > Selular > Pilihan Data Selular > Perayauan Data.

Menggunakan WhatsApp apabila telefon anda disambungkan ke Wi-Fi tidak seharusnya dikenakan caj daripada pembawa anda. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah rangkaian Wi-Fi mungkin mengenakan caj atau bayaran penggunaan.

Walaupun kad SIM anda dikeluarkan atau sambungan selular anda dinyahdayakan, anda masih boleh terus menggunakan nombor sedia ada anda dalam WhatsApp apabila berada pada Wi-Fi. Jika anda mempunyai kad SIM tempatan semasa melancong, anda juga boleh menggunakan ciri Ubah Nombor untuk memindahkan akaun anda ke nombor baru anda.

Pelajari mengenai perayauan pada: Android | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp