Adakah ia percuma untuk menghantar mesej melalui WhatsApp?

WhatsApp menggunakan sambungan Internet telefon anda (4G/3G/2G/EDGE atau Wi-Fi, bila tersedia) untuk menghantar dan menerima mesej daripada rakan-rakan dan keluarga anda. Anda tidak perlu membayar untuk setiap mesej. Asalkan anda tidak melebihi had data anda atau anda tersambung ke rangkaian Wi-Fi yang percuma, pembawa anda tidak harus mengenakan caj tambahan untuk menghantar mesej melalui WhatsApp.

Panggilan WhatsApp berfungsi dalam cara yang sama. Untuk mempelajari lebih mengenai cara membuat panggilan melalui WhatsApp, sila baca ini.

Sila ambil perhatian bahawa:

  • Jika telefon anda dalam rayauan, caj data mudah alih tambahan mungkin akan dikenakan. Pelajari bagaimana mengkonfigurasikan seting rayauan untuk WhatsApp pada: Android | iPhone | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10
  • Jika anda menghantar mesej SMS kepada rakan-rakan anda menjemput mereka untuk menggunakan WhatsApp, caj perkhidmatan daripada pembawa mudah alih anda mungkin juga dikenakan. Butiran tambahan mengenai cara menjemput rakan-rakan ke WhatsApp dapat ditemui di sini.

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp