Bagaimana cara memadamkan akaun saya?

Anda boleh memadamkan akaun anda dari dalam aplikasi WhatsApp.

Penting: Memadamkan akaun anda adalah proses yang tidak dapat dikembalikan, kami tidak dapat membatalkan proses pemadaman ini jika anda memadamkannya secara tidak sengaja.

Menggunakan ciri Padam akaun saya akan:

  • Memadamkan akaun anda daripada WhatsApp.
  • Memadamkan anda daripada senarai kenalan WhatsApp rakan-rakan anda.
  • Memadamkan anda daripada semua grup WhatsApp.
  • Memadamkan sejarah mesej WhatsApp anda pada telefon dan sandaran WhatsApp/Google drive anda.

Untuk memadamkan akaun WhatsApp anda

  1. Buka WhatsApp.
  2. Tekan Butang Menu > Tetapan > Akaun > Padam akaun saya.
  3. Masukkan nombor telefon anda dalam format antarabangsa lengkap dan ketik Padam akaun saya.

Nota: Kami tidak boleh memadamkan akaun anda untuk anda pada masa ini.

Pelajari cara bagaimana memadamkan akaun anda pada: iPhone | Windows Phone | Nokia S40 | BlackBerry | Nokia S60 | BlackBerry 10

Salam,
Pasukan Sokongan WhatsApp